kata mursyid kami, ciri-ciri orang munafik, apabila bercakap dia berbohong. bahkan berkali-kali jumaat dalam khutbah pun selalu kita dengar ungkapan tersebut. berulang-ulang. sejak masa kecil lagi kita diajar supaya jangan bercakap berbohong. mak kita sentiasa mengingatkan, sesiapa yang berbohong, dekat akhirat lidah dan mulutnya akan bercakap benar. jadi janganlah bercakap bohong.
jadi dalam keadaan apa sekali pun kita harus bercakap benar. namun, dalam menghasilkan karya sastera hal ini mungkin berbeza. kita menulis cerpen, novel atau skrip drama sebagai karya fiksyen. yang berkembang di dalam fiksyen, jangan kita bawa ke luar kehidupan realiti kita sehari-hari. biarlah fiksyen tinggal fiksyen sebagaimana bentuknya.
apakah keuntungan yang kita dapat dengan berbohong?
Tuesday, January 31, 2012
Monday, January 30, 2012
tamadun
kata mursyid saya, tamadun terbesar telah diasas dan dibina oleh Rasulullah SAW. pembinaan tamadun itu dengan ilmu yang berasaskan wahyu. pembinaan tamadun juga dengan gabungan orang tua dan orang muda. orang tua wajib menyanyangi orang muda. dan orang muda pula wajib menghormati orang yang lebih tua. sekiranya orang tua tidak sayang kepada orang muda, dan orang muda tidak menghormati orang tua, maka runtuhlah tamadun.
saya ingin menambahkan sedikit kuliah mursyid kami itu. tidak semua orang tua memiliki ilmu yang boleh menjadi asas kepada pengukuhan tamadun, bahkan ramai orang tua yang meruntuhkan proses tersebut dengan pandangan jumud dan sempitnya. lagi tidak berguna dengan orang tua yang membaca sebaris dua laporan surat khabar kemudian menjatuhkan hukuman mengikut fikiran lapuknya. dan kita kesian amat kepada orang tua yang 'rumah kata pergi dan kubur kata mari' tetapi masih belum kenal dengan Alif ini. begitu juga dengan orang muda. kalau orang muda yang merempit di tengah lorong kota dan jalan kampung, peminat AJL juga tidak termasuk dalam kalangan orang muda yang boleh diajak untuk sama-sama membina tamadun.

Sunday, January 29, 2012
si pandir
pak pandir antara watak yang dihidupkan oleh guru sekolah kami semasa sekolah rendah lebih 35 tahun yang lalu. pak pandir ini memang tolol dan lurusnya bendul. mujurlah mak andehnya itu cerdik. kesianlah kita kepada mak andeh yang mendapat suami yang bodohnya tidak boleh diajar, atau cerdiknya tidak boleh ditumpang. bayangkan, pak pandir tidak boleh membezakan belalang rusa dengan rusa, cangkul dengan kambing, burung pipit dengan pak lebai. memang pandirlah dia.
beberapa bulan lepas saya membeli sebuah buku nipis yang mengumpulkan cerita lengkap pak pandir dengan harga RM2.00 di chowrasta terbitan tahun 60-an. seronoklah saya membacanya semula. teringatlah pula kata-kata ayah lama dulu, "mu jage jadi pak nder!"
pak sako pernah menulis kolumnya dengan nama pak pandir moden. itu hal yang lain. hari ini terfikir pula saya, dalam sastera Malaysia pun ada yang sejenis dengan pak pandir yang sedang mencanang-canangkan namanya!

Saturday, January 28, 2012
sakit
sakit selalunya dihubungkan dengan sihat. sakit ada pelbagai jenis. ada sakit yang nyata pada fizikal dan ada yang misterius, jauh ke dalam jiwa. yang fizikal biasanya lebih mudah diubati berbanding dengan yang satu lagi. kadang-kadang kita tak tahu pun kita sakit, tetapi hakikatnya kita memang sakit.
sakit itu tak semestinya tak berseluarbaju mundar-mandir di sepanjang jalan dan membongkar tong sampah dbkl. berasakan diri kita gah hebat itu pun sudah sakit. apalagi sakit berpura-pura sufi, sedangkan perangai lebih buas daripada binatang yang menjalar dan berkaki empat. itu sakit yang lebih parah.
hanya dengan zikir mahabbah yang mendalam kepada Allah swt yang akan menjadi rantai mengikat nurani dengan-Nya. dengan itu akan putuslah segala sakit duniawi yang menanah di dalam kalbu.

Friday, January 27, 2012
ilmu
ilmu yang membezakan orang alim dengan orang jahil. ilmu dan amalan juga yang membezakan jauh atau dekatnya seseorang hamba makhluk dengan Allah SWT. ilmu yang bermanfaat akan menuntun empunya diri ke hadrat-Nya dengan limpahan hidayah dan inayah. yang tidak berilmu, tetapi berasakan dirinya penuh tepu dengan ilmu, akan terus berada dalam godaan dan was-was syaitan. dan syaitanlah yang akan menjadi mursyidnya, menuntunnya ke jalan kesesatan yang nyata.
'tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina' antara kata-kata ulama atau pujangga yang terkenal, tetapi sering disebut sebagai hadis Nabi SAW. ringkasnya, menuntut ilmu itu penting, dan amat penting. belajarlah dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.
semakin belajar dan semakin banyak membaca, menjadikan saya semakin kerdil. saya seperti tertinggal jauh, dan saya tahu - banyak yang saya tidak tahu berbanding dengan apa yang saya tahu. dan saya mendekati kawan-kawan yang lebih muda daripada saya, kerana saya tahu seringkalinya mereka lebih alim, berilmu dan beramal melebihi kejahilan diri saya.
syukurlah Allah swt memberikan saya sedar diri, dan sedar ruang dalam perjalanan usia saya. moga Dia memberikan pertunjuk dan hidayah-Nya yang berpanjangan untuk saya tidak memfitnah, menyesat dan mendangkalkan pendapat orang lain.

Thursday, January 26, 2012
Syamail Rasulullah SAW
setiap waktu kita menyebut-nyebutnya namanya, meskipun sejak kita lahir, kita tidak pernah menemui sosok yang paling agung dan paling mulia ini. Baginda tiada lain, Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW. Dialah Rasul yang terakhir yang membawakan wahyu untuk umat dan kaumnya. Dialah Rasullah SAW, keperibadian yang terpuji yang seharusnya menjadi ikutan dan suri teladan kita selaku hamba dan pengikutnya.
meminati dan menekuni hadis-hadis mengenai keistimewaan Baginda SAW, tidak sama dengan kita menikmati karya sastera. karya sastera, puisi atau apa sahaja genre tidak layak dipuja dan disanjung melebihi sanjungan kita kepada Baginda. tersasarlah sesiapa yang memuji karya manusia melebih pujian dan sanjungan kita kepada manusia. apalagi apabila kita meminta-minta diri dan karya kita dipuja-puja. moga-moga dijauhkan Allh swt daripada segala sifat kesyaitanan tersebut.
sebelum 12 rabiulawal, saya hanya ingin khatamkan "Syamail Muhammad SAW" karya Al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tarmizi (RA). biarlah karya ini dikhatam berkali-kali, tanpa jemu-jemunya.

Wednesday, January 25, 2012
fatwa
ekoran tulisan tuan haji mohd nazmi yaakub di BH hari ini, saya menerima banyak sms "fatwa" tersebut. ada yang tahniah. ada yang seperti kurang senang. "anda rasa, anda dah besar sangat ke?". selebihnya isteri saya juga menerima sms, "betulkah suami puan, yang keluar gambarnya di BH hari ini?"
saya hanya senyum kepada semua sms itu. tak perlu saya mempertahankan diri saya. apa yang tertulis itu tak kan saya nak nafikan. haji nazmi, kawan saya itu siap rakam lagi dengan video sewaktu acara berlangsung. paling tidak, kalau ada calon penyair yang bertemu saya, saya akan katakan "bacalah banyak buku dengan berfikir!" dan jangan baca buku seperti burung kakak tua!

Tuesday, January 24, 2012
membina sasterawan
ahli sukan,antara puak yang paling banyak mendapat habuan berbanding dengan puak dari bidang lain. bintang bola sepak, lumba basikal, badminton umpamanya dapat rumah dan dapat tanah. hantar berlatih di luar negara, walaupun akan bermain kat malaysia yang tak ada salji. manakala sepuak lagi yang terkinja-kinja dan terlolong-lolong, yang suka juga lodeh sana dan lodeh sini. ini juga puak yang paling banyak mendapat publisiti, semurah gaya tulis penulis picisan yang menobatkannya.
perlukah sastera Melayu diantarabangsakan? perlu dan tak perlu. perlu kalau kita memang ada cita-cita untuk mengantarabangsakannya. bahkan sudah ada pihak yang membuat terjemahan dan melancarkannya di luar negara karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara dan penerima sea write. cukupkah dengan apa yang buat tersebut berbanding dengan negara lain berbuat untuk memperkenalkan sastera mereka? ini hanya sekadar pertanyaan. saya tiada jawapan.
tak perlu. kita dah cukup dengan sasterawan negara yang telah ada dan penerima sea write yang saban tahun dinobatkan. tahun 2012 ini pun akan ada lagi.
kalau dalam dunia sukan kita telah menghabiskan banyak wang untuk melatih mereka dengan menghantar ke luar negara, tetapi mengapa tidak sasterawan? itu pun kalau kita ada target untuk 20 atau 30 tahun akan datang kita ada seorang penerima Hadiah Nobel dunia? Mungkin idea sebegini seperti berutopia, tetapi kenapakah tidak?
dalam banyak hal, kita telah banyak berundur ke belakang. program creatif writing di iowa umpamanya dah macam terhenti. pengucapan puisi dunia kuala lumpur pun dah tak ada. iya, sastera Melayu pun dah macam tak ada....

Monday, January 23, 2012
badak sumatera dan masa depan sastera
berita tv melaporkan sebuah GLC telah memperuntukkan 5 juta untuk menemukan seekor badak sumbu betina berusia 15 tahun dengan badak sumbu jantan berusia 2o tahun. ini demi kesinambungan hayat tidak pupusnya binatang tersebut untuk tatapan generasi yang akan datang.
nilai untuk membiayai dua ekor badak sumbu itu lebih besar dan lebih bermakna daripada membina masa depan penulis atau sasterawan. badak sumbu, spesis binatang yang hampir pupus. dan sasterawan serius (penyair, novelis, cerpen, eseis dan dramawan) juga antara spesis yang hampir pupus sepeti badak sumatera. tetapi apa yang sedang dilakukan untuk spesis itu terus hidup?
apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan 5 juta untuk ITBM dan i juta untuk memperbaiki rumah PENA - maka di hujung pelipis telinga kita pelbagai sindiran yang penuh sinikal. "persatuan penulis pun telah dibeli!" bahkan ada penulis dari negeri yang ingin bekerjasama dengan PENA diberi ingatan supaya jangan terlibat dengan PENA, kalau terlibat mereka tidak akan ikutserta. inilah bayangan betapa sempit dan singkatnya akal pemikiran penulis jenis ini.
PENA sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh penulis yang mempunyai pelbagai edeologi dan pemikiran. dan penulis tidak pernah menjual apalagi menggadaikan ideologi yang mereka miliki. apabila kerajaan yang menjadi pemerintah di negaranya yang dipilih secara demokrasi memberikan bantuan, maka beballah persatuan tersebut kalau tidak menerimanya.
apakah orang yang menyindir itu tidak tergiur dan menyarankan saranan tertentu kepada orang yang mereka suka untuk diberikan anugerah tertentu. dan kami, yang jarang bersuara di mana-mana pentas politik, telah berbuat lebih daripada itu dengan kemampuan kami yang terhad dan terbatas.
berbanding dengan badak sumbu yang tiada akal dan pemikiran - tetapi kita tetap juga menyanyangi makhluk ciptaan Allah swt tersebut. dan kerana rasa sayang kita, maka langkah menentukan hayat badak sumbu perlu diambil.
dan sastera kita hari ini terhutang jasa yang sangat besar kepada Syed Syeikh al Hadi, Ahmad bin Muhamaad Rashid Talu, Ahmad Syawal Abdul Hamid, Abdul Kadir Adabi, Pak Sako, Muhammad Rakawi Yusoff dan lain-lainnya.

Sunday, January 22, 2012
berfikir
saya pernah menjadi guru sekolah lama dulu. walaupun profesion itu telah lama saya tinggalkan, sesekali saya masih kembali menjadi guru. walaupun saya lebih banyak menolak, tetapi sesekali kerana malu alah kepada kawan-kawan, saya sanggup juga dengan malu-malu tentunya. bila saya berdiri di bilik kuliah, saya akan teringat sebuah kisah yang pernah dituturkan oleh guru saya. saya tak ingat lagi tentang tokoh yang dikisahkannya. yang saya ingat tentang seorang ulamak sedang memberikan kuliah di zawiyahnya, tiba-tiba memberhentikan kuliahnya kerana seorang kanak-kanak melintas di depan kelasnya. muridnya bertanya, "kenapa tuan guru memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada budak yahudi tersebut?" syeikh itu menjawab, "datuknya pernah mengajar aku ilmu untuk mengenal seekor anjing jantan yang akil baligh, apabila kencing kaki belakangnya akan diangkat". kerana ilmu anjing kencing, guru tersebut menghormati gurunya.
dalam dunia sastera, atau dunia seni apa pun - kita boleh sahaja berbeza pendapat. ada orang suka kepada pluralisme, liberalisme dan macam-macam aliran pemikiran. ada orang bercita-cita nak jadi gay, nak jadi lesbian, nak jadi gigola, perogol dan macam-macam. itu adalah pilihan peribadi. penjara dan mahkamah tidak boleh memaksa mereka untuk merubah pemikiran, keinginan, nafsu - apalagi desakan syaitan yang bermaharaja. selagi Allah swt menutup pintu kalbunya, maka ke lubang biawaklah dia akan terjun.tetapi sejahat dan selaknat mana pun dia, kalau Allah swt ingin membuka pintu hidayah untuknya, maka dia akan kembali mengenal Pencipta yang mengwujudkan dirinya di pusat bumi ini.
mujur saya terasuh dalam tradisi. jadi, saya menerima sistem talaqi dan sanad dengan penuh keyakinan yang tidak boleh dibolak-balik oleh sesiapa sekalipun. tak ada yang lebih baik dan sempurna daripada Al-Quran dan al-sunnah. keindahan kata-kata yang saya temui, tentunya daripada Al-Quran dan al-sunnah. kalaulah saya berkarya, dan karya saya tidak mencapai piawai dan kepuasan orang yang membacanya, saya tidak kecewa apa-apa - kerana semuanya tertulis dan terhasil daripada manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan dan keistimewaan. saya tidak maksum dan tidak menggapai taraf kewalian. saya manusia kerdil yang hina dina di sisi-Nya yang Maha Sempurna.
begitulah saya tidak mungkin memaksa orang lain berfikir mengikut cara saya.

Friday, January 20, 2012
borak buku
ahad lepas, saya diundang oleh kawan-kawan untuk majlis "borak buku" di kl sentral. saya pilih buku "sajak-sajak lengkap" oleh latiff mohidin (petronas:2007). kenapa buku itu yang dipilih? sebab saya suka dengan puisi-puisinya. ketika buku itu dilancarkan pun saya hadir. cuma saya tak suka dengan pelancarnya yang tak reti cakap Melayu, bayangkan 99.9% yang hadir adalah Melayu, tetapi pelancar sengal ini berucap dalam bahasa penjajah.
saya baca beberapa puisinya termasuk yang paling panjang. di luar bunyi deruman lrt yang melintasi berkali-kali. dan saya bercakap dan bercakap dan baca puisi latiff meski pun saya tahu - saya bukan deklamator puisi. tentunya tak sedap dengan loghat dan telor kelatenya.
borak-borak. santai-santai. ramai juga kawan-kawan yang hadir. zainal rashid ahmad, sm zakir dan lutfi ishak...ini memang kawan-kawan saya yang suka tanya hal yang di luar buku yang saya pilih.
akhirnya lutfi membuat rumusan, "borak buku hari ini -kita dapat tiga perkara, pertamanya: kehadiran paling ramai wanita cantik, keduanya: paling banyak fatwa, dan ketiganya: paling banyak saman yang akan diambil sekiranyanya diupload di youtube."
namanya borak buku kan? tak kan nak serius-serius macam di bilik kuliah. saya pun bukanlah pensyarah universiti.

Thursday, January 19, 2012
memimpin
memimpin dan kemudiannya menjadi pemimpin. ini tugas yang berat, dan biasanya secara peribadi saya akan menolak. saya tidak layak untuk memimpin dan menjadi pemimpin. kecualilah saya menjadi pemimpin dalam kontek keluarga saya. selebihnya saya tidak ingin kerana amat tidak sesuai dengan saya. Hal sebegini berikanlah kepada orang yang layak dan mempunyai keinginan. kerana pada saya, apabila menjadi pemimpin, seseorang itu harus menjadi pemikir dan boleh membuat kata putus terhadap sesuatu keputusan yang akan diambil. dia wajib jadi pemikir yang membijaksanakan bawahannya, bukan sekadar pak turut yang mengekor bawahannya. saya tidak layak, kerana saya penyair yang penuh dengan bunga-bunga bahasa (ini mengikut kata SM Zakir).
Monday, January 16, 2012
terima kasih kerana mengingatkan
dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu kita selesaikan. hal yang berkaitan dengan kekeluargaan, manusia sekelilingnya, alam tumbuhan dan binatang yang berkaki empat dan yang menjalar serta melata. begitulah, kadang-kadang tanpa sedar kata-kata yang kita ucapkan dalam bentuk gurauan, menjadi serius kepada yang tidak menyukainya. sesekali juga atau acap kali juga, kerana seronok berkata-kata - akhirnya tujuan itu terbias daripada makna. tentu ada sahaja yang terluka dan melukakan.
usia akan terus menyusur masa dan akan menarik ingatan perlahan-lahan sehingga kita menjadi banyak terlupa, walaupun belum sampai ke tahap pikun. segala yang Allah swt anugerahkan, kita terima dengan redha, dan segala kekhilafan dan keterlanjuran, disusun sepuluh jari memohon keampunan. seperti tidak ada gading yang tak retak, tentunya manusia sentiasa berada dan terdedah dengan segala macam kekhilafan dan kelemahan. tetapi kata pepatah Melayu, "terlanjak perahu boleh diundur, terlanjak kata...'. itu kata pepatah Melayulah. Nak pakai, pakailah, tak nak buat tak tahu sajalah.
terima kasih kepada teman-teman, sahabat jauh dan dekat yang sering mengingatkan.

Friday, January 13, 2012
pemikiran popular
pemikiran popular ini, kata kawan saya - dia tak pasti jenis "pemikiran" atau sejenis penyakit rendah diri sehingga ke tahap menghinakan diri sedemikian rupa. "aku tidak tahu, dan kadang-kadang aku tak faham dengan apa yang aku tengok!" "rasa macam sampah sangat! sampah! kau tahu sampah?" dengan terisak-isak "kawan saya itu" ingin memperjelaskan tentang pemikiran popular atasannya yang amat dibencinya.
"kalau pilihlah jalan yang paling selamat. ignore! kau setuju sahaja dengan apa yang dia cakap. kau iakan sahaja, sama ada kau benci atau kau suka. anggap sahaja dia macam robot, macam tunggul kayu buruk yang tanpa soul!" nasihat seorang kawan saya yang lain.
pemikiran popular, samalah dengan pemikiran sampah. sampah kan, makanan lalat,lipas, anjing...dan yang sewaktu dengannya.

Wednesday, January 11, 2012
aneh
semalam saya menerima dua sketsa karya Chong Hip Seng yang simple tetapi menarik. sebuah katalog pameran solo Hip Seng, "1483 Prints: Chong Hip Seng 1976-2007" (Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang: 2007) dan katalog "Utara After 3 Decades" (Utara: 2011). rupa-rupanya aneh hidup ini kan? ketika kita ingin menjauh, apa yang kita suka itu semakin mendekat.
Tuesday, January 10, 2012
tentang pelukis dan lukisan
ketika saya tidak lagi berhasrat untuk menyimpan lukisan, jumaat petangnya, minum petang bersama beberapa pelukis Anak Alam, Mustpaha Ibarhim, Kak Yam, Ali Mabuha dan Siti Zainon Ismail. masih bercakap tentang seni lukis, dan tentang banyak perubahan dalam industri seni yang seperti ingin memundurkan industri tersebut. sabtunya dikunjungi pelukis Ahmad Shukri Elias bersama puterinya, Adibah yang membuat kajian mengenai Hikayat Seri Rama.
malam tadi mengunjungi pelukis Samjis Mat Jan bersama Sutung Umar RS. Tiga potret terbaru Samjis amat luarbiasa sekali. saya merenung susunan buku pelbagai bidang, potret, lanskap dan sketsa hitam putih Samjis. saya masuk ke studio dan seperti tidak ingin keluar. ini sebuah cakerawala seni yang menakjubkan. dia peminat Rembrant dan Eistein. maksud percakapannya, untuk jadi hebat mesti mengidolakan orang-orang yang hebat. dia memuji kehebatan lukisan M. Zain dari Terengganu.
saya memandu balik ke rumah, dan si "Ayu" yang dilukiskan Samjis, masih merenung ke dalam mata saya.

Thursday, January 5, 2012
persahabatan
bermula 2012, saya berazam untuk tidak membuat sebarang koleksi karya seni, khususnya seni lukis. semakin saya mengejar karya untuk dikolek dan disimpan, membuatkan saya semakin sayang kepada dunia yang penuh pura-pura dan tipu daya. sebagaimana usia dan tenaga manusia yang akan tua merenta, sebuah karya seni yang saya simpan juga akan menghadapi masalah yang sama. seronok dan keindahan itu semuanya hanya sementara. akhirnya kita akan membuat keputusan yang sama sekali berbeza.
ketika saya tidak ingin membuat sebarang koleksi, tiba-tiba seorang kawan saya, juga seorang artist yang seringkali diundang untuk pameran solo di luar negara muncul di pintu pejabat saya. dia baru pulang dari Paris bersama dua pelukis yang lain. dan dia menghadiahkan sebuah sketsa yang dilukisnya di Paris, lalu dihulurkan kepada saya sebagai tanda hadiah dari sana. saya serba salah, dan menerima erti persahabatan tersebut.

Wednesday, January 4, 2012
perjalanan
"Kita tak perlu tidur dalam perut semua orang..." saya lupa sejak bila saya mendengar ungkapan tersebut. tetapi yang saya pasti, ucapan itu dituturkan ayah kepada saya sejak lama dulu. ungkapannya macam pelik, tetapi pemahaman mudahnya,"kita tak perlu percaya kepada semua orang." kerana selepas daripada diri kita, semuanya orang lain. manusia diciptakan oleh Allah swt dengan pelbagai sifat, tingkah laku, perangai, tabiat dan segala aspek sama ada yang kecil mahupun yang besar - yang pelbagai.
peristiwa dan kejadian dalam hidup kita, selalunya memberikan pengajaran untuk kita selalu berfikir dan merenung. setiap peristiwa yang terjadi, tentunya bersebab dan berakibat. segala yang terjadi juga, tentunya dengan izin dan restu Yang Maha Berkuasa. sesuatu musibah, atau kejayaan semuanya dengan izin-Nya. tanpa restu dan izin-Nya "sesuatu" itu tidak akan terjadi dan terlaksana. semuanya tercatat dan tertulis di Luhmahfuz-Nya. manusia hanya sebagai "penggerak" kepada terlaksana keizinan-Nya tersebut.
saya cuba belajarlah untuk tidak selalu bersedih dengan pilihan yang telah saya buat.selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa untuk menentukan masa depan dan perjalanan hidup saya...

Tuesday, January 3, 2012
2012
Bermula tahun baru 2012, semua orang tentunya memiliki azam baru. Azam kecil saya,saya nak terbitkan enam buah buku untuk tahun 2012 ini. Bermula 1 Januari, minum malam bersama Uwei Hajisaari di Ayam Penyet, Festival City dan bercakap sekitar koleksi beliau. Manakala 2 Januari di Ampang Point bersama artist Nizar Kamal Arifin dan Ir. Wan, seorang kolekter karya seni yang sedang aktif.
Petang tadi saya menerima panggilan seseorang yang kerana terpandang bumbung pejabat saya, dan dia teringatkan saya, kawannya. Kami sudah lama tak bertemu. Selepas dia dianugerahkan Dato, kami pernah keluar sekali untuk minum bersama, dan saya tidak pernah menelefonnya selepas itu. Apabila ramai orang yang kurang senang dengan tindakan-tindakan beliau, saya hanya diam. Dia senior saya di universiti, dan saya memanggilnya abang sejak mengenalinya lebih 24 tahun lalu. Dia kini profesor dalam bidangnya, dan saya tetap masih kekok untuk memanggilnya Dato Profesor.
Petang ini kami minum bersama, dia minta teh tarik dan saya minta kopi o. Dia baru pulang dari Paris dan akan berangkat pula ke Beijing untuk misi dalam bidangnya.Tahniah daripada saya, dan semoga dia kekal menjadi sahabat saya walaupun memikul Dato' Profesor.

Subscribe to:
Posts (Atom)