Thursday, January 19, 2012
memimpin
memimpin dan kemudiannya menjadi pemimpin. ini tugas yang berat, dan biasanya secara peribadi saya akan menolak. saya tidak layak untuk memimpin dan menjadi pemimpin. kecualilah saya menjadi pemimpin dalam kontek keluarga saya. selebihnya saya tidak ingin kerana amat tidak sesuai dengan saya. Hal sebegini berikanlah kepada orang yang layak dan mempunyai keinginan. kerana pada saya, apabila menjadi pemimpin, seseorang itu harus menjadi pemikir dan boleh membuat kata putus terhadap sesuatu keputusan yang akan diambil. dia wajib jadi pemikir yang membijaksanakan bawahannya, bukan sekadar pak turut yang mengekor bawahannya. saya tidak layak, kerana saya penyair yang penuh dengan bunga-bunga bahasa (ini mengikut kata SM Zakir).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sheikh,
"kau kerbau yang dimatangkan lumpur"(bak kata gemulah penyair mapan, T.Alias Taib)
itu dah kira hebat!
Dan, seorang saya sombong - kata RH. Orang sombong tak boleh jadi pemimpin, kan sheikh? Ka Sheikh Fuad kata boleh?
edolah,
kerbau mahal sekarang. nak tangkap susah. abang mat tok teri dari jedok, tanah merah dia tembak je kerbaunya apabila ada orang tempah nak buat kenduri-kendara.
benua,
benar! (40 x) orang sombong tak boleh jadi pemimpin!
Dalam novel Pewaris, saya menemui baris serupa, "Pak Longmu ingin jadi pemimpin tetapi dia sendiri belum terpimpin."
;)
becky,
pewaris - novel yang tak dibaca orang!
Post a Comment