Sunday, January 22, 2012

berfikir

saya pernah menjadi guru sekolah lama dulu. walaupun profesion itu telah lama saya tinggalkan, sesekali saya masih kembali menjadi guru. walaupun saya lebih banyak menolak, tetapi sesekali kerana malu alah kepada kawan-kawan, saya sanggup juga dengan malu-malu tentunya. bila saya berdiri di bilik kuliah, saya akan teringat sebuah kisah yang pernah dituturkan oleh guru saya. saya tak ingat lagi tentang tokoh yang dikisahkannya. yang saya ingat tentang seorang ulamak sedang memberikan kuliah di zawiyahnya, tiba-tiba memberhentikan kuliahnya kerana seorang kanak-kanak melintas di depan kelasnya. muridnya bertanya, "kenapa tuan guru memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada budak yahudi tersebut?" syeikh itu menjawab, "datuknya pernah mengajar aku ilmu untuk mengenal seekor anjing jantan yang akil baligh, apabila kencing kaki belakangnya akan diangkat". kerana ilmu anjing kencing, guru tersebut menghormati gurunya.

dalam dunia sastera, atau dunia seni apa pun - kita boleh sahaja berbeza pendapat. ada orang suka kepada pluralisme, liberalisme dan macam-macam aliran pemikiran. ada orang bercita-cita nak jadi gay, nak jadi lesbian, nak jadi gigola, perogol dan macam-macam. itu adalah pilihan peribadi. penjara dan mahkamah tidak boleh memaksa mereka untuk merubah pemikiran, keinginan, nafsu - apalagi desakan syaitan yang bermaharaja. selagi Allah swt menutup pintu kalbunya, maka ke lubang biawaklah dia akan terjun.tetapi sejahat dan selaknat mana pun dia, kalau Allah swt ingin membuka pintu hidayah untuknya, maka dia akan kembali mengenal Pencipta yang mengwujudkan dirinya di pusat bumi ini.

mujur saya terasuh dalam tradisi. jadi, saya menerima sistem talaqi dan sanad dengan penuh keyakinan yang tidak boleh dibolak-balik oleh sesiapa sekalipun. tak ada yang lebih baik dan sempurna daripada Al-Quran dan al-sunnah. keindahan kata-kata yang saya temui, tentunya daripada Al-Quran dan al-sunnah. kalaulah saya berkarya, dan karya saya tidak mencapai piawai dan kepuasan orang yang membacanya, saya tidak kecewa apa-apa - kerana semuanya tertulis dan terhasil daripada manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan dan keistimewaan. saya tidak maksum dan tidak menggapai taraf kewalian. saya manusia kerdil yang hina dina di sisi-Nya yang Maha Sempurna.

begitulah saya tidak mungkin memaksa orang lain berfikir mengikut cara saya.

2 comments:

ekspresi said...

mujur, masih dalam tradisi.

Rahimidin Z said...

ekspresi,
iya kalau lahir di sini, janganlah pula menjadi pelancong barat yang sesat jalan. kan?