setiap waktu kita menyebut-nyebutnya namanya, meskipun sejak kita lahir, kita tidak pernah menemui sosok yang paling agung dan paling mulia ini. Baginda tiada lain, Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW. Dialah Rasul yang terakhir yang membawakan wahyu untuk umat dan kaumnya. Dialah Rasullah SAW, keperibadian yang terpuji yang seharusnya menjadi ikutan dan suri teladan kita selaku hamba dan pengikutnya.
meminati dan menekuni hadis-hadis mengenai keistimewaan Baginda SAW, tidak sama dengan kita menikmati karya sastera. karya sastera, puisi atau apa sahaja genre tidak layak dipuja dan disanjung melebihi sanjungan kita kepada Baginda. tersasarlah sesiapa yang memuji karya manusia melebih pujian dan sanjungan kita kepada manusia. apalagi apabila kita meminta-minta diri dan karya kita dipuja-puja. moga-moga dijauhkan Allh swt daripada segala sifat kesyaitanan tersebut.
sebelum 12 rabiulawal, saya hanya ingin khatamkan "Syamail Muhammad SAW" karya Al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tarmizi (RA). biarlah karya ini dikhatam berkali-kali, tanpa jemu-jemunya.
Thursday, January 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kebetulan, saya juga mahu khatamkan Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar. Tebalnya melebihi buk telefon (meskipun ada keraguan terhadap kredibiliti penulisnya)
typo *buku
Keraguan yang saya maksudkan ialah sumbernya yang dipetik. Sekarang ni bila baca buku tak ada nota kaki, perasaan ragu-ragu tu menebal pula
Macam saya tahu penulisnya. Nota kaki dan bibliografi amat penting untuk buku ilmiah (apalagi buku agama) dan supaya pembaca dengan mudah dan tidak was-was meneruskan pembacaannya.
Post a Comment