Seminar Pak Samad
Sewaktu berjumpa di Pesta Buku yang lalu, Pak Samad akan hadir ke seminar tersebut hanya kerana Mohd Daud Mohamed, Ketua Bahagian Teori DBP. Tetapi melalui percakapan semalam, Pak Samad tak akan hadir. Saya pun sepanjang 2008 belum naik ke tingkat atas DBP. Hanya pergi dua kali, itu pun hari Sabtu kerana tak ingin berjumpa sesiapa, saya beli buku dan balik.
Masih berfikir antara pergi dan tidak. Tetapi ada kertas kerja iringan yang saya tulis – Membaca Perang dan Takdir dalam Memori Di Hadapan Pulau . Itu pun silap saya kerana menyanggupi. Patutnya dari awal saya menolak. Nak pergi pun nak jumpa siapa, Pak Samad pun tak hadir. Nak dengar paper? Saya dah tahu semua. Sarjana sastera
Sampai sekarang masih berfikir.
Pada saya, berfikir tak boleh diajar, tetapi boleh dipelajari bagaimana untuk berfikir. Pemikiran boleh dimatangkan dengan membaca, membaca, berfikir dan berkawan. Selepas tingkatan
Saya berfikir sebab itulah saya menulis. Bertahun-tahun menulis tentang apa yang ingin saya tulis tanpa disuruh dan dipaksa oleh sesiapa.
Berpuluh ‘brainstorming’ yang saya diminta hadir. Saya selalu hadir, tetapi saya jarang bercakap, bahkan tak bercakap sepatah kata pun ada. Adakala hanya menjadi pendengar yang sedia. Bilik mesyuarat menjadi seriuh-riuhnya, dengan lontaran idea yang bagus-bagus. Saya diam. Sehinggakan Haji Supiat Mukri seringkali menyoal saya, ‘penulis memang tak bercakap?’ Juga saya senyum tak jawab pun. Di hari yang lain saya sebut, ‘no komen’, ‘tak ada idealah’. Sebabnya mudah, Genting Highland sejuk sangat.
Kadang-kadang kawan-kawan rasa pelik, Rahimidin ni apa kena, tak nak bercakap. Orang lain dah bagi macam-macam jalan cerita yang dia orang dapat dan fikirkan. Rahimidin tetap diam. Menguap lagi tu ada. Tak senonoh budak ni, kata Sani Sudin. Setelah dapat kerangka cerita, semua yang bercakap banyak itu, tak ada seorang pun yang sanggup menulisnya. Wah. Wah, rupanya susah jadi penulis, tak semudah bercakap?
Kononnya saya ni penyairlah, penulis, editor dan dalang Wayang Kulit Kelantan. Saya selalu berfikir dengan cara saya. Saya menulis tanpa dipaksa atau disuruh oleh sesiapa. Kalau dipaksa juga, saya boleh menulis dan siapkan satu skrip pentas dengan mengambil masa satu malam. Tapi itu bukan idea saya. Itu hanya sampah yang saya proses daripada bermacam-macam tong sampah orang lain. Tak original saya. Tak bagus pun.
Yang ingin saya pesankan kepada sahabat-sahabat saya, berfikirlah dengan otak dan akal yang Allah berikan kepada kita. Jangan jadi si cerdik yang tak boleh ditumpang dan bodohnya pula tak boleh diajar. Sekarang ramai sangat yang berasa dirinya pandai dan cerdik, tetapi dia sebenarnya bodoh amat. Kenapa sebab bodoh? Kerana dah tak boleh berfikir sebab tak baca buku. Yang bersarang dalam kepala mereka hanya cerita-cerita hantu, mat rempit dan kisah cinta bersimpang siur yang tidak berpijak di bumi yang amat disukai oleh orang
Semalam Pak Samad ada sebutkan fasal Festival Filem Perancis di Mid Valley. Saya tak sempat pergi. Bersama Liza, isteri saya, kami baru menonton beberapa filem
Dah bercakap filem pulak? Kerana ingin mendengar pemikiran falsafah, saya bersama SM Zakir dan Lutfi Ishak pergi mengikuti kuliah malam Sabtu yang disampaikan oleh Prof. Syed Naguib al-Attas. Sayangnya kuliah itu berlangsung beberapa siri, tak diteruskan lagi kerana sebab kesihatan Prof. Naguib. Yang hadir semuanya sarjana dan prof, hanya kami bertiga yang bukan.
Untuk lebih detail tentang belajar berfikir, saya akan temuramah kawan-kawan saya, komposer, penyanyi dan pelukis Sani Sudin. Pejuang bahasa, SM Zakir atau ahli falsafah Lutfi Ishak. Tentu mereka boleh jawab banyak soalan saya. Nanti le ye.
Teringat pula anekdot yang selalu diberikan oleh SN S.Othman Kelantan tentang keldai yang memakai topeng singa. Kalau tak bercakap orang anggap dia singa, tetapi bila bercakap tahulah kita, itulah sang keldai. Peribahasa Arab lain lagi, “Kita boleh membawa keldai ke gigi air, tapi tak boleh paksa keldai minum air.”
Pelajaran berfikir, pertamanya saya terima daripada ayah saya. Katanya: “Ayah tak ada apa-apa harta yang nak ditinggalkan dan boleh diberikan kepada kamu. Ayah hanya boleh hantar kamu adik beradik ke sekolah.” Dan ternyata kerana kami berfikir, kami dua belas orang adik beradik semuanya menjadi orang.
Bengkel dan Meja Bulat
Malam nanti ada dua jemputan. Pertama ada bengkel di Sg. Tekala untuk pelajar-pelajar dari University Prince of Songkla, Selatan
Satu lagi jemputan daripada sahabat saya, A. Wahab Hamzah dari DBP tentang perbincangan meja bulat mengenai pemindahan novel ke filem. Uwei Haji Saari akan bercakap. Dan ada gergasi dewan juga. Yang gergasi retorik ini saya tak nak jumpa. Tak apalah, tak perlu hadir. Dengan Uwei saya boleh call jumpa kat mana-mana bucu dan sudut di KL, boleh bercakap panjang fasal lukisan dan filem. Maaf ya, sdr Wahab kali ini tak dapat hadir.
Dan terima kasih kerana mengundang walaupun saya ini bukan siapa-siapa (kata Sani Sudin) bukan orang teater, orang filem dan novelis.
3 comments:
Hmm...saya setuju dengan Sdr, berfikir tak boleh diajar tapi boleh belajar berfikir...di Kelumpo ni ada beberapa orang yang aneh cara mereka berfikir dan itulah yang saya suka...o ya...berfikir di luar kotak tu macam mana pula pada pendapat Sdr?
eydd
salam.tk.
saya selalu dengar orang besar-besar sebut supaya berfikir di luar kotak. mudah je, dia ni orang sebenarnya tak baca Quran kot? sesekali cubalah berjalan kepala ke bawah dan kaki ke atas! tentu menarik.
yup...saya sendiri pun cuba membayangkan bagaimana berfikir di luar kotak. biarlah mereka dengan kotak mereka, kita dengan kitab kita...
Post a Comment