Wednesday, May 14, 2008

HADIR JUGA

Akhirnya saya hadir juga ke Seminar Pak Samad dengan beberapa alasan. Pertamanya kerana memang hendak dengar bagaimana Dinsman membentangkan kertas kerjanya, dan keduanya nak jumpa dengan beberapa kawan, Hanafi Ibrahim, Jusoh Majid, Ikram Fadly, Lutfi Ishak, Ariff Mohamad dan siapa-siapalah lagi. Dah tahu SM Zakir dan Shamsudin Othman memang tak ada. Kedua-duanya di luar sempadan Kuala Lumpur. Dinsman sewaktu saya belajar di tingkatan empat, saya belajar dramanya Ana yang diselenggarakan oleh Zakaria Ariffin melalui buku Drama Tiga Zaman. Pada 9 -11 Ogos 2006 yang lalu telah diadakan Pertemuan Teater di UUM Sintok, Kedah. Saya mempengerusikan forum Masa Depan Teater Malaysia dengan panelnya Dinsman, Zakaria Ariffin dan Ismaily Bongsu. Terdapat banyak soalan yang diajukan. Salah satunya soalan atau lebih tepatnya pandangan yang mengecam pertemuan tersebut, “buat pertemuan tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk masa depan teater”. Selepas bertanya, “sang tokoh” tersebut terus keluar dewan, tanpa menunggu jawapan daripada panel. Dinsman mengambil mikrofon, dan minta sesiapa yang di belakang memanggil tokoh itu masuk kerana beliau ingin memberikan jawapan.

AKHBAR ARUS PERDANA

Nampaknya rakyat Malaysia sudah tidak berapa suka lagi untuk membaca akhbar arus perdana. Tulisan Mior Kamarul Shahid di Mellinium itu adalah pandangan yang penuh kejujuran dan patut dibaca oleh wartawan akhbar arus perdana yang tidak ramai memiliki view yang cantik dan menarik. Nampaknya akhbar arus perdana sedang melahirkan wartawan picisan yang berfikiran sempit dan suka sangat bergosip yang entah apa-apa. Tak apalah kerana anda memang ingin melariskan surat khabar anda di kalangan orang yang “buta huruf” dan bukannya untuk pembaca yang berfikir. Mujurlah Tan Sri Mazlan Nordin masih menulis di salah sebuah akhbar perdana, kalau tidak saya dah tak baca akhbar tersebut.

Saya teringatkan banyak tulisan Tan Sri A. Samad Ismail, A. Samad Said, dan Pak Sako. Tulisan mereka sentiasa berbeza, ada view yang tersendiri kerana mereka bukan wartawan gossip semata-mata. Mereka sekali gus sasterawan yang menjadi wartawan. Sebelum pilihanraya, selepas jam 11 pagi semua akhbar dah habis dibeli orang. Tapi sekarang, setiap hari minggu saya tengok berlambak-lambak tak laku, jam 10 malam masih tersusun dan tergantung di mini market, taman perumahan tempat saya tinggal. Kenapa jadinya begitu. Atau orang dah beralih membaca akhbar rakyat? Kesianlah saya apabila akhbar dipimpin oleh wartawan yang tak ada view. Maklumlah bekas wartawan sukan, wartawan gossip pun boleh dilantik menjadi ketua pengarang atau timbalan ketua pengarang. Maaf la ye, kalau saya terpaksa baca Tempo, Mingguan Tempo dan akhbar hariannya pula Republika dan Kompas.

Kepada kawan-kawan wartawanku yang baik semuanya, Luqman Hakim Quek Abdullah, Azman Ismail, Nazmi Yaakub, Shaidah Shafie dan yang lain teruskan perjuangan anda.

1 comment:

RH said...

Salam sdr. RZ,

Sengaja berkunjung pertama kali ke blog kawan-kawan yang ada blog baru. Lain kali mungkin hanya akan singgah, tanpa ada catatan.