Kampung Kambing |
Jambatan di hujung Jalan Ampas, tempat P. Ramlee terjun ketika dikejar isteri-isterinya dalam 'Madu Tiga' |
Apabila membaca novel 'Salina' tulisan A. Samad Said, saya selalu terkenangkan Kampung Kambing. Terkenangkan Hospital Kandang Kerbau. Pulau Belakang Mati. Makam Habib Noh. Masjid Sultan. Setiap kali ke Singapore, setiap kali itulah terdetik, bilakah agaknya, saya akan sampai ke Kampung Kambing seperti dalam novel 'Salina'. Dan malam itu selepas makan malam, saya dibawakan oleh sahabat saya Sabri Buang dan isterinya ke sini. Dan Kampung Kambing sebenarnya sudah bertukar menjadi taman perumahan dengan banglow mewah. Nama jalannya menjadi Carlisle Road, dan lampu jalan itulah tempat Helmi membaca buku di dalam 'Salina'. Cuma lampu ini, lampu baharu bukannya lagi lampu dalam 'Salina' yang asal. Itulah yang diceritakan oleh Sabri Buang sebagaimana dikisahkan oleh Nongchik Ghani kepadanya.
Membelok ke No 8 Jalan Ampas, tempat P. Ramlee mencipta namanya. Bangunan itu tertutup dan dalam proses baikpulih. Menapak ke hujung jalan, melintasi jambatan. Berdiri di atas jambatan merenung ke dalam sungai kecil tempat P. Ramlee terjun ketika dikejar oleh isteri-isterinya dalam 'Madu Tiga'. Teksi pun terus menyusur ke New World dalam renyai gerimis menuju ke tempat Salina menjadi perempuan joget. Tapak bangunan itu juga tertutup. Sabri tanpa hentinya menunjukkan jalan-jalan yang dilalui Salina dari Kampung Kambing ke New Wolrd dengan beca.
Teksi meluncur ke pejabat percetakan Ahmadiah, di mana di lotengnya tempat bermesyuarat para pemimpin Islam yang diketuai oleh Karim Gulam, dalam kes pembicaraan Natrah ketika itu sehingga terjadinya rusuhan Natrah yang menggemparkan. Bangunan itu kini telah bertukar menjadi Hotel 801, yang di sebelahnya terdapat restoren sup tulang merah yang sangat terkenal itu.
Teksi meluncur ke pejabat percetakan Ahmadiah, di mana di lotengnya tempat bermesyuarat para pemimpin Islam yang diketuai oleh Karim Gulam, dalam kes pembicaraan Natrah ketika itu sehingga terjadinya rusuhan Natrah yang menggemparkan. Bangunan itu kini telah bertukar menjadi Hotel 801, yang di sebelahnya terdapat restoren sup tulang merah yang sangat terkenal itu.
3 comments:
Saya belum berkesempatan untuk membaca Salina.
Sdr. Tetamu Istimewa,
kalau dah masuk dalam sastera Melayu, ambillah kesempatan untuk membaca Salina.
Saudara, bole saya dapatkan bagaimana cara saya boleh berhubung dengan sahabat lama saya sabri buang. email saya nw.tribe@gmail.com. terima kasih sangat, andai saudara dapat membantu.
Post a Comment