Tuesday, November 6, 2012

melangkaui jambatan kedua

Foto: ITBM
Bismilahhirrahmanirrahim...
Encik Khor Kok Wah
Timbalan CEO NAC
Encik Mohd Khair Ngadiron
CEO ITBM
dan para hadirin
sekalian...

Dalam jagat cerpen Malaysia
dengan merujuk cerpen yang pertama
'Kecelakaan Pemalas'
karya Nor Ibrahim (Madrasi)
dalam majalah 'Pengasuh'
terbitan MAIK
pada 4 Febuari 1920
dengan Ketua Pengarangnya
Syeikh Muhammad Yusof Ahmad (Tuk Kenali),
maka usia cerpen Melayu
di Malaysia hari ini
ialah 92 tahun 9 bulan.
Sama usianya
dengan SN Abdullah Hussain.

'Pengasuh'  majalah tertua
dan masih diterbitkan
hingga ke hari ini,
dan saya percaya
ramai kalangan penulis muda Malaysia
yang tidak pernah sedar
adanya majalah itu.

Dari Malaysia
saya tampilkan
Ariff Mohamad
Muhammad Lutfi Ishak
Nazmi Yaakub
Rebecca Ilham
Saifullizan Yahaya
dan
Siti Jasmina Ibrahim.

Usahlah menghukum
kulit buku kami
yang telah tercetak!

Wassalam.

4 comments:

Anuar Manshor said...

Ini tak dipautkan ke FB ke?

Rahimidin Z said...

tak. patut dipautkan ke?

Sham al-Johori said...

seperti selalu kita selalu menemui pengalaman baru. Kita mendewasa dan mengenal erti diri.

Rahimidin Z said...

Ana, tak kenal-kenal juga Ji!