Friday, February 5, 2010

Doa Fakir

berikan hamba-Mu ini
cahaya iman yang terang-benderang
robohkan benteng dan bukit
yang melintangi aku
untuk menuju ke jalan-Mu.

jauhkan haloba,
bersedap-sedap
dengan hawa nafsu
godaan syaitan
memuja fana dunia
jauhkan dari kemegahan
pangkat dan kemasyhuran
yang mendekatkan aku
kepada api neraka-Mu.

seperti janji-Mu
mahsyar itu benar
dan hari timbangan itu
akan tiba;
dan ketika itu
ke manakah
akan kupalingkan
wajah hitamku?

kekalkan setiap kata
dan tuturku
sebagai amal ibadat
hanya untuk-Mu;
aku hanya ingin berada
di jalan benar menuju ilmu
dan makrifah-Mu.


Batu Muda

5 comments:

saleeh rahamad said...

Sajak hari Jumaat ni harapnya jujur dari hati. amin

edolah said...

..apabila penyair sufi mula ber'doa'..

roslan jomel said...

Lebih daripada sekadar puisi. Dan inilah yang menyebabkan saya kagum dengan kedalaman Abe Rahimidin menghasilkan puisi.

Membacanya, malah mendekatkan diri kepada kehitaman hati sendiri selama ini. Puisi rohaniah ini jernih dan menginsafkan hanya melalui kata-kata biasa yang mudah.

Dan hari ini saya tumpang belajar tingkat kehalusan penyair Melayu bernama Rahimidn Zahari.

Rahimidin Z said...

Syeikh Saleeh,
seboleh mungkin menulisnya dari hati.

Tuan Edolah,
belum...belum menjadi sufi, masih sapi.

Sdr. Roslan,
tak ada apa-apanya. Ini hanya kata-kata biasa sahaja.

edolah said...

memang sifatnya sufi...enggan meninggi diri...hehe