Thursday, February 4, 2010

cintaku padamu, Anum

cintaku padamu, Anum
mahal sekali
kupertaruhkan nyawa
untuk raja dan negeri.

apabila titah raja
membelah perutmu, Anum
fahamlah aku –
taat setiaku
lebih murah
dari harga seulas nangka.

cintaku padamu, Anum
akan kubuktikan
dengan titisan darah raja;
ketika jumaat yang mulia
ketika matahari remang di langit
ketika itulah kerisku
akan memaknakan
cinta kita, Anum.

Kg. Kelantan,
Kota Tinggi
30 Januari 2010.

5 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Cinta Dang Anum tak terbeli dengan air mata dan darah. Seulas nangka menjadi pertaruhan kasih sayang seorang isteri kepada suaminya Megat Sri Rama.
kalaulah isteri kita tu mcm Dang Anum, fuhhh! bahagia kita syeikh.

Rositah Ibrahim said...

Salam, sajak yang cantik.
Salam buat Sham juga - tak cukup bahagia ke dengan isteri sekarang? Ish..ish.. jgn gitu. Tak baik nak samakan isteri dengan wanita ideal, nanti kalau isteri pula berharap agar suami macam Johny Depp, tak ke haru! Sori ya, menyibuk sikit!

Rahimidin Z said...

Syeikh Sham,
alhamdulillah setakat ini Allah SWT memberikan isteri yang terbaik buat diri saya.

Cikgu Rositah,
sajak ini hanya kesan sekilas ketika berada di lokasi yang dilawati.

edolah said...

cinta anum pertaruhannya seulas nangka.. cinta wanita hari ini pertaruhannya segedung harta..

Rahimidin Z said...

Tuan Edolah,
Allah SWT menemukan seseorang itu mengikut pilihannya.