Wednesday, November 25, 2009



Mulanya saya memasang niat untuk tidak membeli sebuah buku dan dan sebuah catan pun sepanjang November ini. Pandangan saya pun mulai kabur apabila berdepan dengan huruf dan huruf. Saya berhasrat untuk ke kedai menempah kaca mata. Apabila hasrat itu saya nyatakan kepada seorang sahabat saya yang menjual buku, dia menyarankan jangan. “Elok enta banyak makan peria katak, tauge dan minum soya.” Saya pun tak jadi ke kedai kaca mata. “Amalkan dan selebihnya enta bermohonlah kepada Allah SWT. Dia menguji kita dengan pelbagai cara.” Tetapi nampaknya dari 5 hingga 25 november 2009, saya sudah menambahkan 25 judul buku lagi dalam koleksi saya, sama ada yang dibeli, dan yang dihadiahkan oleh kawan-kawan. Tak usahlah saya sebutkan nama kawan-kawan tersebut, nanti ada yang jealous.

Begitu juga dengan lukisan, saya memasang niat untuk berhenti mengoleksinya. Tetapi saya lemah. Menjadikan sepanjang November saya sudah memiliki 8 buah karya yang terdiri daripada cat air, arkrilik dan cat minyak. Tiga cat air Aris Aziz yang berjudul Sungai (37x27: 2009), Menuai Padi (37x27: 2009) dan Kampungku (27x19: 2009). Kampungku dihadiahkan oleh pelukisnya. Cat minyak karya Siti Nasyreen Zaharin yang berjudul Teratai (30x30: 2005) juga dihadiahkan oleh pelukisnya. Cat air oleh Ismail Kadir yang berjudul Pengkalan Ikan Pulau Gajah (40x29: 2009). Karya Zulfakar Ali Ariffin dengan Lakaran Ulu Keris trial proof (38x44: 2007) hadiah daripada Uwei Haji Shaari. Sebuah catan arkrilik oleh Acep Zamzam Noor yang berjudul Chairil, Chairil (120x125: 2005) dan sebuah cat minyak karya Rafie A. Rahman yang berjudul Brapo rial ari ni? (89x89: 2009).

9 comments:

abdullahjones said...

bab mata tu,kita serupa.macho sahaja yang menghalang bermataempat.

bed : said...

cik emi, blog lama tu dah delete la.
removekan je la ya.
ni yang baru :)

JHaZKiTaRo said...

Salam dari kota Dublin, Ireland. Blog hopping. Sudi2lah kiranya melawat blog hamba (Aku Sebutir Pasir). :)

sinaganaga said...

bile nok beli panting ambo pulak weh?

Sham al-Johori said...

pak syeikh, ambo pun dah rabung jugo. tapi hambo tak rabun pasal melihat lukisan.
seronok tengok tuan mengoleksi.
Hambo dah mula melukis kembali. nanti hambo hadiahkan satu utk tuan. hehehe buah tangan hambo sebelum pergi menemui Ilahi.

zusha said...

Salam buat teman!Bila saya hantar mesej panggil saudara Rahimi, adakala Mi, adakala Rahimidin....tapi kalau dulu bila pernah bersua muka tanpa diduga panggil awak saja.Biasalah kawan sekali-sekala bila berjumpa....hendak memuji Mi berlebih sangat pun sekarang tidak boleh sebab nanti tersinggung pula si dia.Pun Mi memang lelaki lebih ok daripada lelaki lain...ini pandangan dari jauh saja....orang seni hasilnya tentu berseni....tahniah! ingatan zurina

SITI ZAINON ISMAIL said...

Wah selalu dapat lukisan percuma. Hebat ada padi ada bataskan. Din, kak menjemputmu ke acara Syukur 60 SZI + pelancaran 5 buku dirasmikan oleh SN Datuk ASS

di Jeumpa D Ramo, no 102 Jalan Maarof, Bangsar pada 20 Disember 2009, jam 10 pagi - 5 ptg. Datanglah bawa kawan-kawan seniman, termasui isteri dan anak-anak juga. Ini hari keluarga kita

Seribudi said...

sudilah apa kiranya tuan melawat blog saya ...

NASSURY IBRAHIM said...

Nampaknya, sejak tukar ke kerjaya kasih sayang, tak lagi menulis di blog. Mai ke kedai kawe, kedaibukumaya.blogspot.com