Thursday, September 10, 2009

Melati Kota Bharu dan Melati Sarawak










Melati Kota Bharu, novel karya Abdul Kadir Abadi (bapa kepada Mansor Adabi yang berkahwin dengan gadis Belanda, Natrah). Novel ini asalnya disiarkan dalam Al-Hikmah T6, Bil 272 (30 November 1939) hingga T7, Bil 301 (29 Jun 1940) sebanyak 28 siri. Diterbitkan pertamakali sebagai novel lengkap pada tahun 1988 oleh DBP dan diselenggarakan oleh S. Othman Kelantan. Manakala Melati Sarawak pula hasil tulisan Muhammad Rakawi Yusuf. Diterbitkan pertama kali oleh The Sarawak Printing Company, Kuching pada tahun 1932. Diterbitkan semula oleh DBP pada tahun 1980. Kenapa kedua-dua penulis awal ini menulis judulnya dengan Melati? Untuk mengetahuinya silalah baca.

Novel-novel Melayu terawal.











Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan adalah karya Ahmad Kotot pertama kali terbit pada tahun 1927 oleh Al-Matbaah al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, manakala cetakan kedua pada tahun 1975 oleh DBP. Manakala Kawan Benar adalah karya Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Tahu juga pertama kali diterbitkan pada tahun 1927 dan dicetak semula oleh DBP pada tahun 1976. Novel-novel Melayu terawal ini saya baca kembali untuk melihat betapa berjaraknya kehidupan ini dalam pelbagai aspek.

2 comments:

Raja Syahrul Helmi said...

salamualaikum bang,
bolehke dapat lagi buku2 itu di pasaran? Buku2 S. Othman Kelantan pun sukar nak cari...

Rahimidin Z said...

Wsalam. Yang ini semua tak ada kat pasaran. Buku S.Othman beberapa judulnya boleh idapati di kedai DBP.