Friday, September 11, 2009

Pengertian dan Lubuk Mati Bertiga

Pengertian antara novel terawal S.Othman Kelantan diterbitkan oleh Penerbitan Pustaka Murni Kelantan, 1966. Ilutrasi kulitnya oleh pelukis Mazli Mat Som. Novel ini diterbitkan semula pada tahun 1991 oleh Citra Publishing dengan judul baru Norbani. Lubuk Mati Bertiga adalah novel karya Belia Malaya atau nama asalnya Harun Hassan. Diterbitkan oleh pada tahun 1961 di Marang, Terengganu. Novel ini berdasarkan cerita oleh Alias Ali. Alias Ali sendiri menuliskan cerita ini dengan judul Selasih Kusayang. Saya juga memiliki novel ini, tetapi telah dipinjamkan oleh seseorang dan tertinggal di dalam flight dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Saya diganti dengan naskhah salinan.

5 comments:

saleeh rahamad said...

saya pernah menulis kritikan terhadap novel Pengertian. Antara yang saya tulis: Keindahan alam dan kecantikan tubuh Siti Saleha digambarkan secara asosiatif (Hal. 116). “…Rambut-nya yang panjang dan lebat, hitam mengkilat di-dalam sinar mentari, ada-lah bayangan keindahan alam di-pedalaman… .” (Hal. 117)

ekspresi said...

tuan,
mana buku mona gersang?
hehehe. gurau saja.
kesempatan di blog saya ucapkan selamat hari raya. maaf salah silap.

dariana said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين
جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

bila balik kelantan? pandu cermat dan jaga diri.

Rahimidin Z said...

Tuan Saleeh,masa kaji novel tu pakai buku asal atau salinan fotostat?

Tuan Arif, tak sempat kolek. takda nak beli. Apa-apa pun Selamat hari raya, maaf di tas segalanya.

Ustaz Abdul Hadi,
Selamat hari raya. InsyaAllah balik hari Jumaat.

AZIZ ABAS said...

Saudara: Novella LUBUK MATI BERTIGA karya Alias Ali dan naskah Selasih Ku Sayang pernah saya pindahkan sebagai teleplay dan terbitkan dalam siri Panggung RTM - untuk TV1. Lagu Selasihku Sayang adalah lagu tema yang saya gunakan dalam penerbitan telemovie tersebut. Lagu itu di cipta olih Taib Osman (Combo RTM Kuala Trengganu), lirik olih Zainal Abas di rakamkan di studio RTM Kuala Trengganu iringan penyanyi M.Ibrahim dan Hafsah Zakaria. Lagu tersebut kemundian di rakamkan kepiring hitam nyanyian Rafeah Buang dan Ahmad Jais.