Friday, June 19, 2009

Terbitan Terbaru – Bertakhta Di Atasnya

Malam tadi Dr. Victor Pogadaev menyerahkan buku puisi terjemahannya terbaru dalam bahasa Russia yang dalam bahasa Melayunya berjudul “Bertakhta Di Atasnya”. Terdapat tiga buah puisi saya di dalamnya yang berjudul ‘Sajak Batu’, ‘Biduk’ dan ‘Sekepal Tanah’. Penyair-penyair lain yang terdapat puisinya dalam kumpulan puisi ini – SN Usman Awang, SN A. Samad Said, SN Muhammad Haji Salleh, A. Latiff Mohidin, Kassim Ahmad, Kemala, Sutung Umar RS, Siti Zainon Ismail, Hashim Yaacob, Ibrahim Ghaffar, A. Aziz Deraman, Marsli NO, Adi Badiozaman Tuah, Irwan Abu Bakar, Hasimah harun, Khalid Salleh, Awang Abdullah, Baha Zain, A. Ghafar Ibrahim, Ahmad Razali, Raja Ahmad Aminullah, Dinsman, Zurinah Hassan, dan Ahmad Shukri Abdullah. Manakala dari Indonesianya, Chairil Anwar, Taufiq Ismail, Tariganu, Diah Hadaning dan Evi Idawati.

3 comments:

NASSURY IBRAHIM said...

tahniah kerana sajak anda diterjemah ke bahasa Russia. Kalau masih ada buku Perjalanan Salik, tolong hantar 1 dan beritahu nilainya.

Rahimidin Z said...

TK. Minta alamat penuh.

Luqman Hakim QA said...

Great!