Guru Saya
Kelmarin dulu saya menghadiri majlis Astaka Minda – Senaskhah Skrip Sebuah Lukisan: Cetusan Kreatif Othman Hj. Zainuddin. Zakaria Ariffin membentangkan kertasnya Othman Haji Zainuddin : Dramatis Yang Produktif. Sepatutnya sudah lama tokoh-tokoh sebegini dihargai sumbangan mereka. Othman dan Zakaria kedua-duanya guru saya. Mereka berdua pernah membimbing Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas di Puncak Inn, Frazer Hill pada 6 hingga 9 Oktober 1990. Semasa saya di tingkatan 4, teks SPM saya Drama Tiga Zaman yang diselenggarakan Zakaria Ariffin. Dan apa saya dilantik sebagai Penggubal dan Ahli Jawatankuasa Kamus Kesenian: Drama dan Teater (MABBIM) bersama Zakaria Ariffin, A. Wahab Hamzah dan Prof. Dr. Rahmah Bujang, saya terkejut sungguh.
Kalau Uwei telefon saya tentulah pasal lukisan. Walaupun saya pernah menulis tentang filem, kami jarang bercakap pasal filem. Filem adalah bidangnya sebagaimana puisi menjadi bidang saya. Dia bercerita baru beli dua lukisan. Dan petang kelmarin dulu, ketika hari hampir senja selepas minum petang, Uwei membeli dua lukisan cat air pelukis Amirudin Ariffin. Saya sebenarnya dah terbeli sebelum dia beli.
Seorang calon sarjana mencari Rahimidin Zahari. Dan orang yang ditanyai itu adalah saya sendiri. Sebelum saya menjawab, dia bercerita panjang lebar yang dia amat mengenali penyair yang bercakap tunduk memandang ke bawah itu. Pernah minum semeja. Pernah melihat dia membaca mantera di pentas. Saya jadi hairan. Apabila beliau bertanya nama saya, saya sebut Rahim sahaja. Tetapi katanya, dia tak ada no telefon penyair tersebut dan amat penting untuk menghubunginya kerana harus selesaikan penulisan tesis sarjananya itu. Dia minta no telefon daripada saya. Saya katakan saya tak pernah kenal Rahimidin Zahari. Saya katakan, khabar-khabar angin yang saya dengar dia telah kembali ke kampung halamannya, dan tak ingin menemui sesiapa.
Empat orang anak saya memberikan hadiah yang berbeza sempena Hari Bapa. Arief memberikan no 37 daripada 42 orang di kelasnya. Adib bangga dengan no 20, Hafiz yang selalunya diam memberikan no 1 dan Atiqah membawa pulang no 7. Mata pelajaran yang keputusannya agak rendah dan membimbangkan ibu mereka ialah sains dan matematik. Bapa tentulah biasa saja dan tak pernah bimbang apa-apa. Itu anak-anak saya yang bersekolah di ibu kota Kuala Lumpur. Tak taulah dengan anak-anak di Kuala Betis, Kelantan dan di Ulu Tembeling Pahang. Terima kasih yang tak terucapkan untuk Menteri Pelajaran yang amat disayangi. Teruskanlah mewajibkan lulus BI untuk SPM nanti!
5 comments:
saya tak terkejut anda menjadi penggubal qamus..kerana anda layak sebenarnya...hmm beli lukisan itu adalah pelaburan...tak rugi pun...haha...siapakah agaknya sarjana yang menipu dan tertipu itu...
Tuan Rahimidin,
Sinis dan padat dan tepat.
Begitu sekali..., malangnya kita kerana pemimpin GAGAL dalam banyak perkara...
Sdr Rahim :-)
harapnya bukan pelajar kami yg mencari RZ tu, kalau ya, tahulah apa yang saya akan buat!
tuan, bagus juga sdra tidak langsung memperkenalkan diri..mudah-mudahan calon sarjana itu berasa malu..
Juilis Mokujal
Kota Belud,Sabah
Post a Comment