Wednesday, June 17, 2009

Dua Filem Tentang Perjuangan Wanita

Tjoet Nja Dhien karya Eros Djarot pernah memenangi Filem Terbaik FFI 1998. Lakonan Christine Hakim sebagai Tjoet Nja Dhien dianggap oleh Ariffin C.Noer sebagai sebuah puisi yang indah. Perjuangan memimpin rakyat Aceh melawan Belanda setelah suaminya ditewaskan musuh. Dia tampil menjadi panglima, dan sudah tentu kekuatan iman adalah segalanya. Sekitar tahun 2001, filem ini diharamkan tayang di negaraku.

Perempuan Berkalung Sorban adalah karya novel kawan saya, Abidah El Khalieqy dan diadaptasi ke filem oleh Hanung Bramantyo. Meraih 7 nominasi Festival Filem bandung 2009. Anisah berjuang untuk membebaskan diri dan kaumnya daripada kongkongan yang menekan dan menindas. Dia menjadi perempuan berani melawan institusi yang dipenuhi dengan topeng keagamaan, tetapi dia berdepan dengan kebuasan binatang. Filem ini dihadiahkan oleh sahabat saya SM. Zakir yang baru pulang dari Jakarta.

















4 comments:

solitary said...

macam menarik saja perempuan berkalung sorban itu, di mana ya boleh saya menemuinya untuk dibeli?

iLhAm.HaFiZ said...

assalamualaikum w.b.t.

abg rahimidin,
terima kasih atas tunjuk ajar semalam. moga-moga saya terus tabah untuk berkarya. moga-moga ilham akan menjelma. insyaAllah, bertemu lagi.

ilham.hafiz
17-06-2009
bangsar.

Rahimidin Z said...

Solitary,
saya ingat kat Kl belum ada. Kena kirim kalau ada kawan-kawan yang pergi Jakarta.

Hafiz,
W.salam
moga terus menulis dan menulis.

Zarif Hassan said...

Salam tuan penyair,

Saya berminat dengan filem perempuan berkalung serban itu. Menarik. Kalau dapat boleh disalin ke dalam bentuk yang lain dan dikongsikan. Waduhh, tajuknya sudah menumbuk-numbuk mimpi malam saya.hehehe