YUSOFF ABDULLAH (1926-2006)
Dalam lukisan ini, Yusoff Haji Abdullah melukiskan sesosok dalang yang memegang patung Seri Rama di tangan kanan dan patung Bota Mahrajawana di tangan kirinya. Manakala panjak di sebelah kirinya sedang menghulurkan Bentara Kala, dan dua panjak di kanannya pula sedang menatah esemble muzik. Bayang patung Seri Rama dibiarkan melempah ke luar bawah dengan tetetsan cat dibiarkan meleleh turun. Wayang Kulit Yusoff Abdullah yang menghadirkan suasana puitik dan sapu-sapuannya dengan warna yang masak telah menciptakan kelembutan, melalui garis dan bayang. Lukisan Yusoff seperti biasa dirakamkan dari dalam panggung, bukannya dari luar sebagaimana rakan senegeri dan seangkatannya, Nik Zainal Abidin. Dia telah memunculkan objek-objek yang jelas dengan pemilihan warna yang terang dan benar-benar masak. Walaupun pelukis cuba memberikan kekaburan melalui permainan warnanya, tetapi visi dan hantaran maknanya amat jelas. Dengan lukisannya yang indah itu, Yusoff telah berjaya menciptakan bahasa tampak dengan kesan puitis yang lain. Yang harus dicari dan ditelusuri adalah misteri seni dan keseniman yang dihadirkan oleh pelukisnya. Kejelasan dalam kesamaran objek-objeknya seolah-olah itulah takdir nasib para seniman tanah air.
Wayang Kulit, oil painting 120x150: 1981
7 comments:
Boleh tahan jugak koleksi water kaler demo tu. Ada free ke sheikh?
tuan syeikh,
jangan dilayankan kehendak nafus tamak haloba Luq Hakim tu....
tapi, kalau tuan dah tiada tempat nak simpan lukisan-lukisan tu, berikan sahaja kepada hamba ni....
GERAM DAN CEMBURU!...
jangan bagi pada dia orang, bagi jer pada saya..biar saya tolong simpan....hehe
Luq Hakim, Sham al-Johori dan Kakchik
InsyaAllah ada. berdosa tak beri kepada yang berkenan.
Tahniah Sobat,
Moga tuan akan lebih mengalir dalam karyamu. Moga perjalananmu dalam rahmat-Nya jua. Amin
Sdr. Yusuf Fansuri,
terima kasih atas segalanya.
Post a Comment