Monday, April 20, 2009
















Buku Baru Saya.

Buku baru saya yang dijudulkan dengan nama Perjalanan Salik, sedang dalam proses penerbitan. Diterbitkan oleh Pustaka Nusa. Tak dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, dan tak akan dijual di mana-mana kedai buku di Malaysia. Akan diluncurkan oleh Syekhul Madrasah Sham al-Johori antara percabangan Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Tarikh, dan masa akan ditentukan kemudian.

12 comments:

benuasuluk said...

Assalamualaikum Abe Midin. Adik datang ni nak bertanya khabar. Sihat ka, dah makan ka belum, kerja okka, anak-anak semua sihat ka, pokok cupu di kapung dah jadi buah ka.
Ni nak angkat tangan cuppp 1 boleh? Hik hik.

Luq Hakim said...

Tak ada naskhah percuma ke sheikh..wakakaka

Rahimidin Z said...

Benua Suluk,
Salam moga-moga sentiasa di dalam limpah rahmat Allah SWT. semuanya alhamdulillah. InsyaAllah apa yang diminta akan ditunaikan.

Luq Hakim,
buku ini memang untuk diberikan percuma kepada kekawan.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Moga tuan tegar menjadi penyair sufi yang tulen. 'Perjalanan Salik' akan menjadi roh 'Sekepal Tanah' dan menjadi penyembuh rindu yang hilang.

Madrasah Sham al-Johori tu hanya terbuka kepada insan zuhud dan gadis bersifat 'takmilah' (jamal= cantik dan akmal=sempurna).

Fuhhh! Hehehe

azmi alkelantani said...

saya ni rozais pesan mintak satu...dia kata nak bagi ko saya....

rozais al-anamy said...

Rahimidin,
Tahniah! Ilustrasi kulit buku sangat cantik. Sangat-sangat.

Semoga jejak itu membawa kepada jalan yang satu.

ku_seman said...

Salam saudara, tahniah antologi baru. Simbolik sekali bekas-bekas tapak di pasiran pantai. Kalau ada masa jengahlah ke laman saya.

Rahimidin Z said...

Sdr. Azmi,
InsyaAllah boleh.

Rozais,
terima kasih. nanti saya bagi sebuah.

Sdr. Ku Seman,
terima kasih. dah singgah di blog tuan.

Nazmi Yaakub said...

satu utk sastera berita harian. kalau masih merasakan sastera berita harian masih penting :)

dariana said...

teruskan perjalanan. nanti kalau dah tiba pada zawiah berikutnya beritahu hamba...hamba berada di kampus salik daerah berhampiran....

Rahimidin Z said...

Tuan Nazmi,
InsyaAllah, meskipun saya tak lagi membaca dan mempercayai akhbar arus perdana,

Dariana,
terima kasih. InsyaAllah.

HASMORA MASNURI said...

Salam Tuan,
ambo nok so malam ni buleh ko? :)