Monday, April 27, 2009

Dalang

Drama Dalang pun selesai dipentaskan untuk Festival Drama 10 minit di Stor Teater DBP pada 22 dan 24 Oktober 2009. Kawan-kawan baik saya macam terkejut, “apa sudah jadi dengan Rahimidin?” Sudah berhenti menulis puisikah, apabila tiba-tiba kembali ke drama? Sandiwara apa yang ingin dibawakannya. Kenapa dia tulis skrip sependek itu, dan apa yang ingin sindirnya kali ini. Selepas Rebab Berbisik, dia menulis Dalang dan sedang menulis Bidan Ketujuh.

Paling terkejut apabila dia sendiri yang berlakon. Ai, apa sudah jadi? Dia nak jadi pelakonkah, atau ingin dinobatkan sebagai apa? Sebenarnya, tak ada apa-apa. Dia tetap dia. Apabila dibawanya si gadis cantik ke pentas dalam dramanya, adalah yang ingin disindirnya. Fikir sendirilah…

Kali terakhir saya berlakon pentas pada tahun 1989 di Gelanggang Seni, Kota Bharu dalam Wayangan Sita, skrip saya dan arahan Rosli Mohd. Nor. Pelakonnya Nur Zailani Muhd. Nuzi, Fauziah Mat, Saufi Mohd Nor, Zahari Hamzah, dan beberapa kawan yang lain. Koreografernya Jasni Hamid, sekarang Koreografer di DBKL. Manakala penerbitnya Haji Shaari Mat Saod, sekarang khabarnya menjadi kontrakter yang hebat di tanah air.

Jawapan saya mudah, kenapa saya tulis dan buat drama Dalang. Terlalu banyak dalang dalam hidup ini yang mengakui pandai tetapi tidak berbuat apa-apa. Dalang dalam politik, dalang dalam budaya, dalang dalam seni dan ada apa juga bidang yang sedang kita depani dipenuhi oleh dalang-dalang. Bila menjadi Dalang, paling tidak saya bebas menyindir segala kemenyampahan saya tentang masyarakat saya yang songsang dan tak betul itu. Dalang memberikan ruang untuk saya nyatakan apa sekian lama terbuku di hati. Dan saya harus luah dengan cara saya. Saya tulis puisi orang susah nak baca dan susah pula nak paham.

Kalau lakonan saya buruk, memang wajar sebab saya bukan pelakon pentas. Saya penyair. Ha.Ha. Terima kasih kepada kawan-kawan saya dalam Teater Nun, Mohd.Colmann Abdullah, Dayang Kartini Awang Bujang, Nurul Asyikin Roslan yang menjadikan Dalang berjaya dipentaskan.

Terima kasih yang tiada titiknya kepada Sutung Umar RS yang amat mengambil tahu. Terima kasih kepada Khalid Salleh yang mengingatkan saya, kepentingan dinamika dalam lakonan. Terima kasih kepada Rohani Yousoff yang mengingatkan saya jangan banyak menunduk ketika berlakon. Terima kasih kepada A. Wahab Hamzah yang mengingatkan saya masih sebagai pemalu. Terima kasih kepada semua kawan-kawan seniman yang sudi hadir. SM Zakir, Shamsudin Othman, M. Saleeh Rahmad, Ikram Fahly, Saifulizam Yahya, Hazize San, Victor Pogadaev, Zakaria Ariffin, Sabri Yunus, Ladin Nuawi, uwei hajisaari, Jamal Tukiman, Roslan Madun, Prof. Irwan Abu Bakar, Mansor Puteh, Hanafi Ibrahim, Jusoh Majid, Prof. Rahman Shaari, Sani Sudin, Ridzuan Harun, Ustaz Azizi Haji Abdullah, Malim Ghozali PK, Salmiah Ismail, Hajah Zaiton Ajmain, Rosninah Abd. Azib dan lain-lain yang tak tersebut namanya di sini.





























* Kredit foto Hazize San

12 comments:

benuasuluk said...

hebat dayang kartini jadi pengarah. Minta dia jadi pengarah untuk saya pula boleh ka? Hik hik.
Tahniah, malam tu terlupa nak sebut.

Rahimidin Z said...

Benua,
dah tanya. dia kata ok tk.

fazleena said...

awaklah dalang paling cute sekali. :)

*sapa kata penyair tak boleh berlakon...

kakchik said...

dalang paling cute?

anyway....cantik kain sarung tu...

guru besar haneem kaydeen said...

tahniah..ok lepas ni standby lah untuk berdalang-dalangan lagi. :)

Rahimidin Z said...

Faz,
ada orang cakap rahimidin telah mempalsukan dirinya.

Kakchik,
kain sarung tu pinjam isteri punyalah.

Guru Besar,
memang selalu berdalang di belakang kelir.

fazleena said...

sapa org yg cakap mcm tu? nate sungguh dio tu...

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Salam Sdr,
kalaulah diberitahu sudah tentu saya juga akan turut hadir. Sudah lama terputus hubungan dengan dunia sebelah sana..
Bagaimanapun tahniah!

Rahimidin Z said...

Faz,
tak apa semua tu ujian, kena bersabar.

Cikgu Mohd Shah,
terima kasih. tak sempat beritahu, ganti kawan yang cabut lari.

D'Rimba said...

Tahniah, saya juga amat merindui keberkesanan Nur Zailani Nuzi dalam dunia deklamasi bilakah lagi dapat mengecapi nikmat ini.........

Nor Zailani said...

Siapa d'rimba ni ye....?

Nor Zailani said...

Siapa d'rimba ni ye....?