Friday, April 17, 2009

KOLEKSI SAYA
ABDUL RAHIM HUSIN, HAJI (1940)

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 3 September 1940. Memasuki Maktab Perguruan Harian Kuala Lumpur (1960-62). Menganggotai Kumpulan Wednesday Art Group yang diketuai oleh Peter Harris (1960-65). Menjadi Presiden Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dari tahun 1990-92. Pameran solo pertama telah diadakan di Sum Art Gallery (1982) dan pameran Retrospektifnya (1990) di Pusat Kreatif, Balai Seni Lukis Negara. Karya-karya landskap air terjun, tasik, pemandangan dan figuranya diolah dengan gaya ekspressionme. Warna dari tiub dan kesan stroke berus yang mengalir dari intusinya menampilkan kesan ekspresif.


















Pantai Timur, 27x35 cat air: 1983

1 comment:

Cikgu fizik said...

salam..tatkala asyik baca cerita pasal pelukis APS, camana tah boleh jumpa blog tuan.. oh ini lukisan ayah saya..Alhamdulillah ada juga collector yg hargai karya ayah. Sayang ayah dah tak mampu lukis lagi..agak uzur dimamah usia..