Pak Isa dari Kampung Kami
Entahlah Ramadan kali ini, saya terkenangkan tentang Pak Isa, orang tua di kampung kami. Pak Isa ini juga mengingatkan saya sebuah sajak penyair pelukis Latiff Mohidin. Sajak itu terkumpul di dalam kumpulan puisi Bahasa Alam yang diselenggarakan oleh Maarof Saad dan menjadi teks SPM pada tahun 1985. Saya salin semula sajak tersebut sepenuhnya:
(buat tok awang)
kalau aku sering saja
berlaku songsang
di perayaan tahun
seperti hari ini
telah sedia duduk
aku bangun berdiri
bangun bertepuk
aku duduk
ghairah berbincang
aku tidur
melepaskan merpati
aku tabur padi
telah merdeka
aku belum
kalau aku sering saja
berlaku songsang
ingin
mengingatkan
Sajak ini mengingatkan saya kepada Pak Isa. Pak Isa, lelaki tua yang entah dari mana tiba-tiba telah membeli beberapa bidang tanah di kampung kami. Pak Isa membina pagar setingginya. Pak Isa tak ke masjid dan tak ke surau. Pak Isa tak bercakap pun dengan orang-orang kampung kami. Pak Isa anti masyarakat. Bahkan sesiapa yang
Ramadan semakin ke penghujungnya. Dan aidilfitri semakin hampir. Pak Isa pun sudah semakin tua. Tok Awang dalam sajak Sonsang A. latiff Mohidin telah pun meninggal. Apalah yang boleh saya katakan, selain berdoa dan berdoa agar Pak Isa membukakan pagarnya, dan dia boleh kembali ke surau atau masjid di kampung kami.
Sketsa A. Ghafar Ibrahim
Nama saya di atas perahu. Dan dicatatkannya: “Perahu yang hanyut di air anda selamatkan perjalanannya. Ya!” Bang Agi, siapalah saya, selain orang kecil yang sedang mencari erti diri di dalam perjalanan saliknya untuk selamatkan perahu yang hanyut di air? Saya teringatkan Hamzah Fansuri, lelaki sufi dari Barus yang mencari Tuhan di Kaabah, tetapi tak ditemuinya. Dia ketemui-Nya di dalam rumah. Hamzah Fansuri pun telah lama mati, yang tinggal syair-syair dan puisi sufinya.
Sketch saya yang dilakar di dalam setiap mesyuarat yang membosankan
8 comments:
Salam:
i) Pak Isa kg. sdr. dari dulu sampai sekarang tak berubahkah?
ii) Sangat "sampai" skecth Pak AGI. Kalau jadikan kulit buku baru sdr. pun menarik.
iii) Agak-agak saya sketch yang membosankan tu dilukis depan Ramlah Amir. Takkan depan "abang" kot?
tuan lukis semua tu dalam satu mesyuarat saja? banyak
tadi saya terselak majalah Pentas kat KL sentral, terkerling kepada tajuk Tok Perak
yang tu tok perak karya Syed Alwi atau yang lain?
tak sempat nak baca habis..
kot2 tuan terbaca ka
apa-apa pun kecewa buku memoir seorang guru gagal dibeli
hoho.
Benuasuluk,
i.tak berubah. ketua kampung yang benci pada pak isa telah berpindah ke kg lain dah pun.
ii.belum ingin terbit.
iii.jauh di dalam hati.
Shahkang,
mesyuaratnya berkali-kali. kami sms n ada yg sepak2 kaki bawah meja waktu mesyuarat.
Tok Perak Syed Alwi, mana ada Tok Perak lain. Ambo editor majalah tu lah.
aik, buku tu kat kedai mamak tepi jalan pun ada!
ye saya tau tuan editornya..heh
Dewan sastera beberapa bulan lepas ada mengatakan Tok Perak merupakan satu wacana seksual
apa pendapat tuan?
saya belajar drama tu tahun lepas
tapi tak pernah pula mana-mana guru sebutkan soal seksual tu
haha mesyuarat boring sangat ka?
Shahkang,
biasalah org yg takdak kerja,a maka diciptanya macam2 teori, termasuklah seksual? takda pendapat, mungkin yg menulis tak faham, tak kenai pun syed alwi.
tak le, suka sangat.
Salam sobatku...
maaf tak ada kad raya... sebagai penganti diri saya menukilkan sebuah sajak untuk sobatku... di blog http://sobatfus.blogspot.com/
Maaf Zahir dan Batin.
Berhati-hatilah membawa adik-adik berjalan-jalan ketika menjelang lebaran.
Wassalam
September 26, 2008 10:16 AM
biar kujodolkan sketsa tu
1. si ayam serirama
2. ceria cenderawasih
3. daun berbunga kantan
4. clos-up bunga kantan
Post a Comment