Tok Perak
Petang semalam ke Auditorium DBP bersama Sutung untuk lihat latihan drama Tok Perak, karya dan arahan SN Dato Syed Alwi. Tok Perak versi baru selepas 34 tahun dipentaskan pada tahun 1974 di Panggung Eksperimen Universiti
Baca puisi di Laman Santai menggantikan SN A. Samad Said yang katanya menarik diri pada saat akhir. Saya terimalah kerana yang menefon saya adalah orang yang saya paksa berlakon dalam drama saya Rebab Berbisik. Rupa-rupanya ada ramai artis yang terkenal. Sewaktu menunggu di belakang, ada banyak soalan daripada pelbagai orang. Antara ulangan soalan yang sama.
“Baca sajak sapa?”
“Sajak saya.” Kata saya. Tahun 2008 dah 24 tahun saya menulis sajak. Dan sudah terbitkan
Bersama Marsli bersolat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Londang. Sebenarnya 15 Mei lepas, saya bersolat Jumaat kali pertama di masjid ini ketika menziarahi kematian ibu Azli Othman, kawan sepejabat saya. Kami sampai awal, khutbahnya aduh. Ini antara khutbah jumaat yang paling ‘buruk’ yang pernah saya dengar sepanjang 2008. Lebih politik daripada politik. Kemudiannya saya tahu khutbah itu dibacakan seluruh negara. Sebagai bekas guru Bahasa Melayu dan Pengajian Am, saya berikan D- untuk penulis teks dan isi khutbah tersebut. Dalam masjid pun nak berbohong. Dan saya percaya ramai imam/khatib yang bacakan khutbah itu pun tak faham apa yang dia baca, apalagi para makmumnya.
Petang khamis yang hujan. Ajak Masli NO ke Melaka. Rupanya susah benar memandu di tempat yang kita tak pernah sampai. Mencari tanda arah jalan yang tiada. Tetapi akhirnya sampai juga ke Samudera Bidara Resort di Tanjung Bidara, Melaka kerana pagi esoknya ada Bengkel Penulisan Puisi di Sek. Men. Sultan Alaudin, Masjid Tanah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 70 pelajar yang ikuti kelas saya. Kali ini tak ada pertanyaan yang pelik-pelik.
3 comments:
Salam, saya tahu Sdr akan jadi semakin sibuk dan sibuk...
bila nak berduet baca puisi ni? :)
fazleens.sosblog.com
Kakchik,
asal ada masa untuk menulis kira ok.
Faz,
bila-bila pun boleh. Tahniah filem pendek awak, Perahu Kertas tu.
Post a Comment