Malu Mata
Isnin saya beli dua buku baru. Buku pertama Nyanyi Sunyi Salam Maria vs Sarjana Nasi Dingin karya Dr. Fatimah Busu terbitan Univision:2007. Buku kedua Tsunami Politik tulisan Yahaya Ismail, (UTSB:2008). Balik malamnya saya baca habis buku Fatimah Busu, dan buku Pak Ya saya tak sempat baca sampai hari ini. Sebenarnya saya tak beli buku politik, mana-mana yang ada semuanya diberi percuma, tetapi kali ini benar-benar beli kerana malu mata.
Surat
Petang Isnin, saya terima surat yang dialamatkan ke rumah saya dengan tulisan di sampul luar sebagai “pejuang sastera”. Terkejut besar saya. Bila pula saya berjuang? Apabila dibuka, di dalamnya ada beberapa esei, dua cerita mini, dua sajak cinta masa lampau dan satu esei proses kreatif yang panjang. Saya bacalah tulisan tersebut. Tetapi tak ada sepucuk surat pun di dalamnya.
Di Kelas Kajian Khalayak
Semalam tersenarailah nama saya untuk masuk ke Kelas Kajian Khalayak di Auditorium BSLN. Ambil kerusi paling belakang sekali, tetapi bila minta moderator minta ke depan, saya bangun dan duduk kerusi paling depan. Dia pun berceramah, saya pun mengantuk sungguh. Selepas minum pagi, saya dijemput ke pentas, menjadi pelancong dari Bandung yang datang melawat ke Kuala Lumpur.
Paling kelakar si budak hingusan yang menjadi penganjurnya (Maaf tak tahu namanya). Naik ke pentas di pengakhir acara, mengelap mukanya dengan sapu tangan (saya ingat tuala kecil) yang berlagak berpeluh di dalam pendingin hawa. Berbudi Bahasa sungguh lagaknya. Dengan angkuh dan sombong berkata-kata dia, setiap yang dijemput ada klim dari jabatan masing-masing. Beralih ke tempat makan tengah hari yang tidak bermeja dan berkerusi, semakin angkuh lagi dia berkata-kata. Setinggi langit cakapnya, dan tentulah dia lebih tinggi dari langit itu. Katanya, dia sibuk sungguh, semalam baru hantar teks ucapan untuk PM. Bam memandang-mandang saya. Faiza menunduk macam tak dengar apa-apa pun. Izzat dan Fahmi, saya tak tahu, dia sedar atau tidak.
Saya hampir muntah di majlis makan tengah hari. Khuatir termuntah di depan khalayak, cepat-cepat saya ajak Faiza balik ke pejabat, meninggalkan majlis kanak-kanak tadika. Saya pun berdoa di dalam hati kecil: Moga-moga Allah SWT jauhkan hamba-Mu yang lemah ini dari segala sifat sombong dan takabur.
Mee Celup
Semasa balik pilihanraya lalu, harga semangkuk mee celup di pasar Peringat, dekat kampung saya di Kelantan hanya RM1.00 semangkuk. Semasa balik cuti sekolah bulan lepas dah naik RM1.50 semangkuk. Tetapi di Taman Melati, Kuala Lumpur harga mee celupnya RM4.00 semangkuk. Itulah jurang bezanya antara hidup di kampung dan di kota. Tetapi gaji kakitangan awam tetap sama, walaupun kos hidup yang berbeza.
4 comments:
itu kisah hidup si sombong dan si bongkak tu....kisah satu dunia semua dia tau...tapi haram tak tau...namanya bila di sebut pasti akan muntah(member i la yanh sewaktu dengannya)kalau Dr sheik Muzaffar dah naik ke iss tapi dia dah naik lama...kisah angan-anganya lagi nak termuntah kalau cik mie dengaq dulu.....kuat bodek....nampaknya dia lagi hebat coz di penulis ucapan PM.....Jangan buat main-main....Tapi saya tetap memuja cik Mie coz penulis ucapan untuk agong hehehe........kami bila nampak kelibat dia semua akan lari.....pernah dia nak anjur jamuan untuk kami pegawai baru...dia yang merancang alih-2 x jadi.......itu lah kisah hidupnya.....Amin..TAJUK BUKU PEGAWAI YANG BERANGAN
Salam abe mie,
kat sini pong ada gak manusia macam tuuu. Saya kalu nak muntah, balik masuk opis saya muntah senyap-senyap.
Jadinya, jangan beli buku sebab malu mata. Saya beli buku sebab nak baca...hehe...hmm saya bersyukur sebab Sdr terima surat yang tiada sepucuk surat pun di dalamnya...kalau ada surat cinta...sape nak jawab...
salam,
cik sha..ha..ha..
benuasuluk,
saya tak jadi muntah, terkejut dengan dinasour.
kakchik,
surat cinta..he..he saya yang menulisnya.
Post a Comment