Puisi Tradisional Gayo?
Teringatlah saya tiga tahun lepas saya pernah menonton bentuk persembahan yang sama di Taman Ismail Marzuki (TIM),
Kumpulan ini dipimpin oleh Pak Ibrahim Abdul Kadir, pelakon terbaik di tiga Festival Filem bertaraf dunia melalui filem “Puisi Yang Tak Terkuburkan” arahan Garin Nuhgroho. Saya belum menonton filem tersebut, tetapi seingat saya, Dr. Anuar Nor Arai memujinya bagus sekali sewaktu percakapan kami di cafĂ© Istana Budaya.
Persembahan sekitar satu jam. Lalu minum, duduk semeja dengan SM Zakir, Ridzuan Harun, Zakaria Ariffin dan Wana. Zax bercerita bahawa Pak Ibrahim itu pernah ditahan kerana dituduh PKI. Tentang filem “Puisi Yang Tak Terkuburkan” mengambil masa enam bulan latihan dan proses penggambarannya pula selama enam hari berturut-turut. Sewaktu orang semua balik, tinggallah saya, Zakir, Ridzuan dan disertakan Pak Jamal bakir dari Kedutaan Besar Republik
Puisi dan Lukisan
Tengah hari semalam S. Amin Shahab bercerita mengenai persembahan puisi dan lukisan apabila saya singgah di tempat beliau sedang melukis. “Kanvasnya harus besar, penyair harus dimasukan sekali di atas kanvas. Kanvas kecil seperti malam tu tak puas.” Dia memberikan beberapa cadangan yang sebenarnya telah lama dia fikirkan tetapi belum terlaksana.
Saya sebenarnya telah bincangkan hal itu dengan pelukis Aris Aziz dan Sani Sudin, bahawa amat wajar dimulakan kembali manifestasi dua seni yang pernah dimulakan oleh Usman Awang dan teman-temannya sejak tahun 1970-an itu. Tetapi tidak berlanjutan, hanya kalau tak silap saya dilakukan sebanyak dua kali sahaja. Sayang, hari ini tak ada seniman atau organisasi tertentu yang sanggup ke depan untuk memulakan semula. Nur Hanim Khairuddin telah memulakan dengan pameran Mea Culpa berdasarkan cerpen-cerpen Amirul Fakir yang dipindahkan oleh 13 pelukis di RA Gallery. Hal ini saya fikir harus diteruskan dan tidak terhenti di situ sahaja. Sudah sampai masanya seni milik rakyat
5 comments:
Tuan syeikh,
Wah, menarik cerita manifstasi dua seni tu. Mungkin saya boleh tumpang sekaki. Lama dah tak melukis. Sentuhan mungkin juga kaku tapi lembut. Atau minta syed Ahmad Jamal tolong terjemahkan sajak saya ke kanvas.
.... tak marah; tapi geram aja. Tak apa kan?..
Syeikh,
nanti kita aturkan perbincangan dengan geng2 pelukis. meskipun penyair, pelukis atau yang bernama budayawan dianjing; sejarah akan mencatatkan siapakah anjing yang sebenarnya.
patut kena ada usaha untuk martabatkannya..
tapi siapa?
kikiey,
salam.
kami sedang berusaha, insyaAllah akan mencapai kejayaan.
dah singgah diblog anda.
Salam,
kalau Konsert Akustika Kopratasa dulu menjadi kenyataan, alangkah baiknya kerana kami juga mahu buat benda yang sama. Kopratasa menyanyi puisi dan Aris Aziz melukis atas kanvas besar.
Nampaknya mimpi tinggal mimpi. Entah siapa agaknya yang sudi menyambut cadangan itu dan membuka pintu untuk Kopratasa menyanyi dalam Istana..
Terima kasih kerana sentiasa mengikuti laman blog saya.
Post a Comment