Kera dan Bunga
Biasanya gadis dan bunga, tapi kali ini biarlah kera dan bunga. Apakah makna bunga bagi sang kera. Sebenarnya bunga bagi sang kera sama saja dengan si kudung yang mendapat cincin. Jadi, jangan berikan bunga kepada kera, wahai anak-anakku. Kera tidak pernah menghargai keharuman bunga, paling tidak bunga itu dicarik-carik, dicium dan dibuang ke tanah. Bunga walaupun harum dan cantik, tak ada apa-apa erti bagi kehidupan sang kera. Ingat, papamu peringatkan lagi, jangan berikan bunga kepada kera tau!
Tetapi kera yang seekor itu tetap juga melompat dari pohon ke pohon. Menyeringaikan taringnya yang kuning. Malam tadi saya telefon adik bongsu saya (Nor Syamimi, yang masih menuntut di tingkatan 4), katanya seekor kera entah dari hutan rimba yang mana telah berjaya masuk ke rumah jiran kami.
“Kera tu lapar kot?” soal saya.
“Tak la bang ngah.”
“Dah tu?”
“Kera tu masuk rumah nak tengok AF.
“Cerdik kera sekarang ya, dik. Patutnya kera tu naik bas Transnasional dari Kota Bharu ke Istana Budaya. Boleh tengok yang real punya.” Tambah saya.
Saya ceritakan kepada isteri dan anak-anak saya tentang kera yang sudah cerdik dan boleh berfikir itu.
“Tentu kera yang banyak hantar sms untuk AF itu, tak pa?” soal Atiqah, anak saya yang paling kecil. Saya diam.
Saya teringatkan kera di rumah Tok Wan saya (Haji Wan Omar Wan Deraman), jauh di Gong Tuah, Cenulang di Kuala Krai setahun yang lalu. Tok Wan saya ni dah 78 umurnya, dah tak larat pun nak ke kebun getahnya yang 10 ekar dan ladang pisang 6 ekar. Lagi pun datuk hanya tinggal berdua dengan isterinya (nenek tiri saya). Kera yang tertambat di umbi sawo nila rumah Tok Wan saya ni boleh tahan juga celikanya.
“Angah ambillah kera tu, pergi panjat petai kat belakang rumah…” suruh Tok Wan saya. Depan anak-anak, saya buat-buat berani. Saya patahkan ranting rambutan, bukakan ikatan rantai dan pasangkan tali. Saya heret anak kera muda itu ke umbi petai di belakang rumah Tok Wan. Saya helakan talinya, “naik cepat”.
“Ambil…ambil..buah yang hujung…”
Kera itu buat tak tahu. Setengah jam berlalu, sejambak petai pun tak gugur. Sekejap Tok Wan dan ayah saya menyusur.
“Tak luruh-luruh. Mu baik sangat. Mari tali tak Tok Wan.”
Bila tali bertukar ke tangan Tok Wan saya, kera itu terus mengggigit tangkai buah petai, dan digugurkan. Tak sampai setengah jam, petai pun berlambak-lambak di bawah.
“Ajar kera kena lebih bekeng daripada kera. Angah baik sangat.” Ulang Tok Ayah.
Saya diam. Tapi saya percaya pendapatan bulanan datuk saya lebih berkali ganda banyaknya berbanding dengan gaji saya. Balik kampung cuti sekolah bermula 24 Mei nanti cium tangan Tok Wan lama-lama sikit. Heh.heh.
8 comments:
Baharu sempat jumpa ciber cafe. Miri sepi, dingin dan tenang. tetapi malamnya riuh macam kera yang mencuri masuk rumah tuan syeikh juga. Esok balik kl. Seminggu di Miri, membosankan..
Cerita kera tu sama dengan cerita mama Rina yang kalah tu. Kut..kut dia tak kera tu hehehe. Jumpa nanti di malam baca puisi pena. Salam rindu dari kejauhan.
Dein,
Anekdot yang menarik... kat luar banyak kera merayau-rayau... cari buah petai. Begitulah...
seingat saya kera2 yg paling banyak ialah d kebun bunga di penang dan baru ni saya jumpa lagi kat hotel dpalma sepang..tp depa semua sporting...mcm paham..tak taulah kalau bg bunga pada kera samada depa koyak2 lagi....lebih baik bg belacan kat kera tu..biar dia pening lalat pasai dia ingat macam minyak wangi ck.....tp kera yang pandai tengok af tu mesti atas kepala dia ada periuk astro....tp kat tempat kita ada banyak kera yng lambat buat kerja hehehe
syeikh sham, selamat kembali ke tanah sejantung pisang.
yusuf, tk hang punya puisi, aku sebak.
sha, mana pulak ni heh? kera yang lambat buat kerja sebab simpan fail kat bilik heh..heh..
Salam singgah, cikgu!
waa...pandai ambik ati tok wan ek...eh kera tu ada lagi la ya...
eydd
puteribongsu,
tk kerana singgah.
eydd, kera tu dah mati dah.
Dein,
Puisi yang aku hadiahkan untuk kamu telah aku pindahkan ke blog baru aku di http://sobatfus.blogspot.com...
Blog ini khas untuk sobat-sobat aku...
Post a Comment