Nissa, Becky (Melayu), Hani dan hujungnya anakanda saya, Hafiz. |
Suara Kuala Lumpur pada malam 24 Ogos di hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur menampilkan Zaen Kasturi sebagai hos, acara pertama sebelumnya menampilkan Ridzuan Harun. Penonton tidaklah seramai acara kali pertama, tetapi untuk acara baca puisi, jumlah itu sudah boleh dikirakan ramai. Apatah lagi di Dataran Merdeka sedang bergema dengan 'testing' untuk persembahan malam esoknya. Di hujung jalan berhampiran dengan Panggung Bandaraya pula ada gerai-gerai pameran dan di dalamnya ada persembahan bangsawan. Apakah yang ditemukan dalam acara baca puisi?
Persembahan malam ini menjadi menarik kerana SM Zakir telah berjaya menangkap Abang Mat Jedok atau Abang Tok Peteri dari Tanah Merah Kelantan yang kebetulan pada sebelah petang membuat persembahan di sana. Menarik juga kerana Pengarah Pusat Kebudayaan dan Sains Russia ikut serta di majlis ini, dan dua orang pengawainya membacakan puisi dalam bahasa Melayu dan bahasa Russia. Paling menarik, Zaen Kasturi menyampaikan puisi-puisinya dengan menghafal semuanya!
No comments:
Post a Comment