Keserabutan kota raya sangat menggoda untuk orang kampung seperti saya kembali sahaja ke kampung halaman, menternak ikan keli atau bertanam gaharu. Apatah lagi kepada orang yang sudah tidak ada cita-cita yang ingin dicapai dalam kerjaya hidupnya. Cinta duniawi akan segera luput dan musnah, melebur ke dasar lautan, dan yang ada hanya sedikit ruang masa untuk berbakti kepada agama dan dirinya, sebagai bekal-bekalan untuk kembali kepada Yang Satu.
Merenung alam dan kehidupan, juga sekali gus merenung ke dalam diri. Sambil itu memasang tripot untuk merakamkan matahari terbit pagi, seakan memberikan banyak isyarat bahawa hidup ini semakin pendek, waktu semakin singkat. Lalu bertanyalah saya berkali-kali, bersediakah aku untuk kehilangan matahari terbit pagi? Segalanya seakan sayu dan rindu.
2 comments:
Saudara RZ
catatan yang mengesankan penjuru hati yang dalam....
Dr. M,
moga Allah swt menetapkan iman kita kepada-Nya satu.
Post a Comment