Wednesday, June 19, 2013
Menjadi Editor (2)
Malam tadi membuat suntingan akhir untuk sebuah esei sekitar dua puluh halaman dengan mengambil masa tiga jam duduk di kerusi dan hadapan laptop. Ini suntingan kedua, selepas ditegur oleh penolong saya;; kenapa tulisan tu teruk sangat? Saya mengambil tanggungjawab. Sangat penat mata dan sangat letih otak untuk menyunting tulisan seperti terjemahan secara google ke dalam bahasa Melayu. Rasanya lebih senang untuk saya melakukan penulisan semula terhadap tulisan tersebut untuk menjadikan sebuah karya yang baru. Saya ada banyak pengalaman menulis semula esei yang dikirimkan oleh rakan sekuliah saya semasa di universiti lama dahulu. Kalau tulisannya sekitar lima belas halaman, maka hanya dua atau tiga halaman sahaja yang saya akan ambil, selebihnya terpaksa saya buang kerana dari halaman pertama sehingga halaman lima belas, dia akan mengulangi hal yang sama sebanyak lima atau enam kali. Anda bayangkan? Tetapi kerja menulis semula itu lebih mudah daripada membuat suntingan sesebuah tulisan sehingga dua atau tiga kali suntingan.
Tidak mudah menjadi editor - kecualilah kalau kita berasa sangat pandai. Dan orang lain semuanya tidak pandai kerana kita pernah bekerja dengan syarikat arus perdana. Kononnya lah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sdr RZ: Tak mengapa. Buat saya, awak memang pandai di bidang kepakaran awak. Biarlah orang nak cakap apa pun. Saya tetap dengan pendirian saya.
-MARSLI N.O
Sdr.Marsli N.O, sahabat saya. Terima kasih.
Post a Comment