Wednesday, May 11, 2011

MEMBACA SAPARDI

Bulan lepas saya dihadiahkan sebuah buku yang berjudul Membaca Sapardi yang editornya Riris K. Toha-Sarumpaet dan Melani Budianta. Kerana sedikit sibuk, hampir saya tidak sempat membacanya. Buku ini pula dihadiahkan oleh seorang pemuzik, bukan kawan-kawan penulis saya. Jadi, bagaimana seorang pemuzik profesional yang memperolehi Diploma Muziknya di London tiba-tiba memberikan saya untuk Membaca Sapardi.

Saya sebenarnya telah Membaca Sapardi sekian lama, dari yang pertama sehingga yang terakhir. Bahkan kalau sempat saya akan menulis Antara Sungai Mekong dan Sihir Hujan. Tunggulah kalau saya sempat. Harap-harap saya sempat!

6 comments:

Sham al-Johori said...

Salam syeikh,
Saya masih belum khatam lagi membaca Rahimidn Zahari. Dia membawa saya ke telaga maknawi rasa insaniah. sesekali indah sesekali gawat dan gawat tu lebih sukar untuk didekati.

benuasuluk said...

Ngah, saya suka 'membunuh orang gila' sapardi. Tak jemu mengulang baca.
Aji Sham, puisi rahimidin mudah-mudah je, tapi sarjana yang kaji macam enta menjadikan puisi dia payah kehkehkeh

Rahimidin Z said...

Haji Sham,
aik pelik ni. Baca bawah cahaya dan jangan baca dalam gelap.

Rahimidin Z said...

Tok Benua,
hati-hati, walaupun membunuh oarng gila, tetapi orang gila semakin ramai.

Haji Sham, belum jumpa guru yang boleh membukakan jalan cahaya untuknya tu....jangan ponteng kuliah Hikam...

Rahimidin Z said...

Haji Sham, mana komen sebelum ni..dah hilang?

ainunL muaiyanah said...

abang Im, nak baca buku itu, pinjam sekejap pun jadilah (mata kelip-kelip) :)

Lepas buku membaca sapardi, nak caribuku membaca rahimidin pula la. Tapi kena tunggu sheikh sham pula tulis :)