WAWANCARA SOFA PUTIH ITNM
Semalam saya menerima surat jemputan untuk ke sesi "Wawancara Sofa Putih ITNM" di PWTC pada 26 April 2011, jam 12 tengah hari bersama aktor saya, Rosnan Rahman. InsyaAllah saya akan hadir di majlis tersebut. Saya sebenarnya dijadualkan berada di Kuantan, Pahang dari 24 hingga 28 April, tetapi 26 April kena balik KL sekejap untuk acara tersebut. Mungkin ada banyak soalan mengenai buku Makyung: Warisan Mistik Malaysia terbitan ITNM dan mungkin juga tidak ada soalan langsung.
Saya sebenarnya tidak terlibat langsung dengan buku tersebut pada peringkat awalnya. Apabila ada bab yang lompong, saya diminta oleh Sutung Umar RS untuk menulisnya. Saya pun menulislah kerana tidak ada sebab untuk menolak pelawaan Sutung tersebut. Apabila dummy buku tersebut telah siap, tiba-tiba saya diburu oleh editor yang ditugaskan menjadi editor untuk memperbetulkan banyak perkara. Sudahlah editor tersebut tak faham sepatatah haram dialek Kelantan, dia macam mahu mengajar saya yang terlanjur dilahirkan di Kelantan.
Banyak persoalan yang beliau timbulkan kerana kami menulis buku tersebut tanpa sebarang perjanjian dengan pihak yang ingin menerbitkan. Dan saya katakan, puan teruslah berhubung dengan Sutung, kerana itu projek dia dan saya tiada kena mengena. Dia tidak mahu berurusan dengan Sutung dan ingin berurusan dengan saya. Ini lagi mudah, fikir saya. Saya mengakui, saya telah berdosa menyelenggarakan buku tersebut dan tanpa memaklumkan kepada Sutung, saya tarik balik semua tulisan di dalam buku tersebut. Puan carilah penulis lain.
Ceritanya panjang. Malas nak tulis. Saya bawa manuskrip itu ke ITNM, dan entah apa seronoknya ITNM menerbitkan buku itu dalam masa tiga bulan. Kerana ada tiga penulis yang menarik diri, maka tinggal 10 bab untuk buku tersebut. Rupa-rupanya, saya bukan sahaja penyelenggara buku itu bersama Sutung, tetapi 7 dari 10 bab buku tersebut saya yang menulisnya. Cukup. Nanti cerita kat sofa putih!
Thursday, April 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ambo puah hati doh nga hok ada.. daripada takdok lasung.. buleh doh nyohor ngan oghe Indonesia!
Kena tulis yang lain sebagai susulan dan memperkukuhkan apa yang sedia ada.
Post a Comment