Monday, April 11, 2011

REBAB BERBISIK (ii)

Malam tadi persembahan ke 4 dan malam ketiga. Malam ini merupakan malam terakhir untuk siri kali ini. Persembahan pertama Sabri Yunus yang kena tarik, persembahan kedua Hj Mohamed Yussop Ishak, persembahan ketiga (penonton yang tak dikenali) dan malam tadi Roslin Hashim, pemain badminton negara yang kena tarik. Entah malam ini nasib siapa, terpulanglah kepada Rosnan.

Persembahan ketiga menghadirkan tokoh teater Zakaria Ariffin, dan sarjana Russia, Dr. Victor Pogadaev. Juga Dr. Shahrul Lail Sujak, doktor perubatan yang meminati seni. Arkitek yang mereka bentuk Istana Budaya, Muhamad Kamar Yaacob hadir dengan isterinya.Sms beliau elok saya petik: "Thank you. We enjoyed ourselves. Ending macam abrupt and anti cimax tadi. Ingatkan ada lagi.My wife think kalau highlight tengkolok makyung as ending sure lagi touching." Dan kawan saya ini membuat promosi Rebab Berbisik kepada kawan-kawannya yang lain. Malam tadi dia sms lagi: "Dah inform my friend. U should bring the show on tour to other part of Malaysia."

Malam tadi selain Tengku Amalin Putri, CEO ITNM Tuan Khair Ngadiron, tokoh teater yang hadir Prof. Dr. Hatta Azad Khan. Manakala sahabat saya SM Zakir, Ridzuan Harun, Lutfi Ishak dan Rebecca Ilham. Mungkin ada lagi lagi kawan-kawan yang saya tak nampak. Diadakan majlis ringkas penyampaian cek kepada empat tokoh veteran makyung oleh Tengku Amalin Putri kepada Abdullah Hamat@Daud, Tuan Kechik Tuan Yeh, Haminah Hussin dan Ibrahim Senik sebanyak RM2,000 seorang. Sewaktu minum selepas persembahan, Dr. Hatta menyebutkan show RB perlu dibawa ke negeri-negeri. Saya nyatakan saya dah bawa ke beberapa negeri sebagaimana catatan sebelum ini. Itu pun dengan inisiatif Haji Yussop Ishak, Shahrul Rizal Hashim dan Rusdi Abdul Rahman.

Saya berfikir-fikir, eloklah selepas ini, saya istiharkan tidak akan terlibat lagi untuk mementaskan teater.

5 comments:

mafaka said...

tuan...satu ulasan yang pastinya bukan diakhiri dengan anti-klimak

Rahimidin Z said...

Tuan Mafaka,
Terima kasih sudi singgah.

Pegawai Khalwat said...

Salam bang, maaf tak dapat hadir.
Terasa rugi sangat tak pernah menonton. Malahan masa di USM pun tak sempat tonton sebab kena kerah kerja.

Rahimidin Z said...

ferizSop, akan dibawa ke 7 destinasi...utara Kedah kot...dalam tahun ni juga...

Pegawai Khalwat said...

Nak mai bila nanti bagi tau. InsyaAllah akan cuba kosongkan masa seboleh-bolehnya.