TEMUBUAL
Malam tadi selepas persembahan Rebab Berbisik, saya ditemubual oleh wartawan TV. Acara yang paling saya tak suka, dok kat depan jawab soalan wartawan. Saya bukan artis, bukan selebriti. Tapi kerana nak jaga hati pelakon saya, saya tampil jugalah.
Dah tak ingin sombong-sombong dah. Tapi maaflah kalau tersombong juga sikit-sikit. Tanya soalan, saya jawab apa yang nak saya jawab. Soalan yang ditanya, "Bagaimana cara nak menarik golongan muda menonton teater?" Saya tak suka soalan itu kerana itu ada institusi khusus yang dibayar gaji untuknya. Saya jawab teater Melayu malap selepas zaman Noordin Hassan dan kawan-kawannya.
Wartawan itu macam sedar saya tak jawab soalan. Dia mengulangi lagi soalan yang sama. Kali ini sombong saya semakin nyata, "Saya penyair, bukan orang teater, bukan pengarah dan penulis skrip terkenal. Saya tak buat muzikal yang membolehkan orang jadi terkenal. Tanggungjawab saya buat teater, itu pun kalau ada orang nak tengok. Tak nak tengok pun tak apa-apa. "
Sunday, April 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment