Thursday, April 28, 2011

KE KUANTAN

Saya ke Kuantan, bandar yang pernah mengikat saya selama 7 tahun sejak 1993 sehingga Disember 2000. Bermalam di Hotel Seri Malaysia dari 25 hingga 28 April kerana terlibat dengan Bengkel Produksi bersama Irwan Ismadi Shahrim, Rosnan Rahman, Lokman Ghani, Jamaludin Md Nor dan Abu Samah Yahya. Sempena Bengkel ini, Rebab Berbisik dijadikan model kepada 30 orang peserta seluruh Pahang.

Rebab Berbisik kali mengalami perubahan apabila segmen tari digantikan dengan Oopera China ysng kebetulan salah seorang guru Opera China menjadi peserta bengkel tersebut. Ada banyak komen yang saya terima. Dan mengikut Dayang Kartini Awang Bujang,Penolong Pengarah JKKN selaku penyelaras Bengkel tersebut, produksi kami akan dibawa ke enam negeri lain untuk dipersembahkan dalam siri bengkel yang sama.

Saya berfikir-fikir, tentu jadual saya semakin padat.

4 comments:

benuasuluk said...

kan saya dah cakap kat abang ngah mesti seri malaysia kehkehkeh

Rahimidin Z said...

Tuk Benua,
Betul.betul..

Pegawai Khalwat said...

Bila nak sampai ke Tanjung Penaga?

Rahimidin Z said...

Tak pi. Cuma nak pi Chowrasta cari buku lama.