Friday, April 29, 2011

KE KOTA BHARU

Pagi tadi meninggalkan KL untuk kembali ke kampung halaman sendirian. Mulanya ada seorang pelukis yang ingin ikut kerana nak melukis semula lanskap Kelantan masa silam. Tetapi tak jadi. Kerana penat berulang alik dari KL-Kuantan, Kuantan-KL, saya malas nak memandu. Melayan kewan-kawan yang ingin berkenalan 'musang king' kat tepi lebuh raya di Bentong, pening dibuatnya.

Sampai di KL Sentral (Pusat KL?) saya macam di Yogya...irama muziknya diulang-ulang. Sungguh tak faham, apakah yang sedang terjadi dengan negaraku. Dah tak ada muzik Melayu agaknya? Atau orang yang menguruskan Pusat KL itu juga dari tanah seberang kot. Tak apalah, Pasar Chow Kit, Pasar Datuk Keramat, dan hampir semua pasar malam pun telah kita berikan kepada mereka. Pemandu teksi peramah yang menghantar saya banyak bercerita tentang penumpang dari seberang tak cukup membayar tambang.Dan kerana tak cukup wang, dia menjemputnya masuk minum kopi dulu. Dia tak masuk, bagi duit yang ada cukuplah. Dia bercerita pula pasal adiknya sendiri yang menjual rumah kerana liciknya perempuan seberang. Isteri yang bertahun dikahwini melarikan diri kerana tak tahan lagi dengan perangai suami. Tak apa lepas ini berilah semua.

Masuk flight, reda sedikit apabila play back muzik Mohram yang dimainkan, biarlah walaupun Melayu sekerat dan Indon sekerat.

2 comments:

dian nais said...

pengalaman amba melobi untuk seat World Heritage Council, UNESCO di Jakarta baru2 ini.... bila dengan puak indonesia.... nyo jebeh molek2.....

kata dia.."ada apa intangible heritage di Malaysia... semua pinjaman aje deh..." (amba nak tulih dale blog amba nih..
d

Rahimidin Z said...

Dian,
orang yang suka mengejes orang ni....sebenarnya tak pernah sedar akan dirinya. tak payah layan sangat puak2 tak sedar. cakap balik dengan dia, nyawa pun pinjam-pinjaman aje...

tulis jangan tak tulis.