Isteri Saya
Isteri saya seorang guru sekolah. Mengajar tingkatan enam di sekolahnya. Walaupun saya tidak lagi menjadi guru sekolah, saya saban malam menjadi pendengar akan segala permasalahan di sekolahnya. Pelajarnya, ibu bapa dan rakan-rakannya. Biasanya saya tidak memotong cakapnya, saya biarlah dia bercerita sehinggalah saya tertidur. Ceritanya macam-macam.
Isteri saya dah 19 tahun menjadi guru sekolah. Bermula sebagai guru pelatih di Perlis dan posting pertama di Mentakab, Pahang. Kemudian berpindah ke Kuantan, lalu ke Balik Pulau, Pulau Pinang dan sekarang berpindah ke Kuala Lumpur. Selepas 19 tahun, isteri saya belum pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Dan dia tidak pernah kisah pun, dapat atau tidak dapat. Saban hari kerjanya pergi sekolah dan mengajar. Jarang isteri saya balik rumah jam 2.30 atau jam 3 petang. Biasanya jam 4.30 atau jam 5.00 petang. Biasanya 6.30 beliau akan memandu semula ke sekoahnya untuk mengambil anakanda kedua kami. Dan kadang-kadang dia terus menunggu dan balik bersama anak kami. Cuma sekali-sekali, saya menerima panggilannya, kalau saya balik awal, harap dapatlah mengambil hero kami itu.
Dia selalu cerita ada ibu bapa yang datang ke sekolah, salahkan guru. Marah-marahkan cikgu kerana anaknya ponteng sekolah. Dan disoal guru, kenapa anaknya tidak solat di rumah. MasyaAllah, anak awak dan di rumah awak pula, kenapa cikgu yang disoal? Dan biasanya, isteri saya boleh selesaikan segala permasalahan sekolahnya.
Dan semalam isteri saya mengadu, ada parent yang datang ambil anaknya di sekolah, menyelit di sebelah kiri gigi jalan. Apabila motorsikalnya terhimpit antara kereta yang dipandu isteri saya, parent tersebut menendang-nendang kakinya dan mengacung-gacung tangan ke udara, tandas protes dan marah. Mulanya saya ingin diam dan tidak ingin memberikan sebarang komen. Saya memandang muka isteri saya, “tentunya anak yang dibonceng itu juga setan di sekolah, macam bapanya.” Isteri saya terus diam.
Wednesday, March 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
tanpa guru tiadalah saya hari ini..
celako. berani dio kure ajar denge kak ngah kito.
dwan..kena tanya plak, bini hok mana satu?! hahaha...
isteri tuan macam isteri saya :)
ceritanya macam-macam, dan saya hanya diam masa dia bercerita. dia ingat dia punya cerita saja best. dia belum dengar cerita saya. tapi saya tak suka nak bertanding bercerita pulak. kan tak makan tak tido kami. hahaha.
kirim salam la dekat kak ngah. :)
Dian,
tanpa guru mungkin saya menjadi penoreh getah.
Benua,
takpa...takpa..
edolah,
bini kawe sore tu jah wei...
hasmora,
insyaAllah...
Terus terngiang komen dalam dialek Kelantan.
Kalau mak bapak sendiri dah tak ajar anak hormat guru, tak payahlah hantar ke sekolah. Hantar saja ke tuisyen untuk lulus periksa.
Tuan Pegawai Khalwat...
seperti kata Ipin dan Upin..."betui..betui..."
pegawai khalwat, saya setuju, hantar jelah anak2 ke tuisyen!
Post a Comment