SUNNY MISUN KIM
Kawan saya ini bukan penyair! Dia Music Director kepada ANAYA. "ANAYA's music emerges from a mixture of traditional Korean music and Western forms. A new genre of popular music... ANAYA has created a new genre of Korean popular music, blending traditional folk song and melidies with a modern pop style."
Empat bulan lepas, dia datang ke Kuala Lumpur untuk membuat penyelidikan mengenai 'folk song' dengan mendapat grant penyelidikan selama 3 bulan untuk menyusur akar umbi 'folk song' di negara-negara Asia.
Dia menemuramah saya tentang Makyung dan Wayang Kulit Kelantan. Apabila saya akan berangkat ke Seoul, saya mengirimkan emel kepadanya. Rupa-rupanya Seoul itu amat sibuk, dan acara yang saya hadiri amat padat antara Seoul, Ansan dan Sokcho. Kami tidak diberikan masa untuk meninjau ibu kota Seoul secara sendirian. Sebelum berangkat balik ke KL, Sunny sempat menemui saya. Yang menariknya, beliau salah seorang yang menerima grant tahunan selama 2 tahun untuk menghidupkan muzik rakyat di negaranya dan mengumpulkan pelbagai intem tentang muzik dari negara sekelilingnya, (selain grant penyelidikan selama 3 bulan.) Korea nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kesenian miliknya dengan memberi peluang dan galakan yang luar biasa kepada generasi mudanya.
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment