Tuesday, November 23, 2010

USAHLAH MEMPERMUDAHKAN MENULIS PUISI(sajaklah!)

Dalam perkembangan kepenyairan (kepersajakan) di Malaysia terdapat beberapa penyair yang puisinya seperti mudah. Pensajak tersebut seperti Zahari Hasib, Leo AWS, Aladin Mohamad, SM Salim (Bukit Gambir) dan ada beberapa nama yang lain. Namun, saya tidak fikir mereka mempermudahkan dalam menulis puisi.

Tetapi berbeza dengan beberapa pensajak mee segera dalam siri beberapa acara puisi yang memudahkan menulis puisi. "Sajak ini saya tulis beberapa minit yang lepas!". "Sajak ini saya tulis selepas keluar tandas!" "Sajak ini saya tulis petang tadi apabila melihat-lihat hujan." Mungkin pada tanggapan orang-orang, begitu mudahnya menulis puisi. Sebab itu semua orang boleh jadi pensajak. Dah lama sangat dah dalam dunia akademik, maka tulislah puisi mesti lebih cepat dikenali.

Jadi usahlah mempermudahkan menulis sajak. Tak kan satu antologi puisi boleh siap dalam masa satu hari kot?

10 comments:

benuasuluk said...

Ngah, satu antologi satu hari? Wow. Wow wow wow. Minta nombor pensajak tu. Nak buat bengkel puisi (sajaklah) ambik dia jadi fasi.

edolah said...

..sbb yg payah tu lah yg kawe tak dpt keluarkan antologi ni...hehehe

Rahimidin Z said...

benua,
elok hubungi segera. rugi tak ambil ilmu daripa orang-orang yang penuh dengan ilmu begitu.

Rahimidin Z said...

edolah,
demo memang lagu tu...

Hasmora said...

sebab tu sajak tu sedap mcm mee segera juga hehe

Rahimidin Z said...

Ustaz, tak baik menyindir-nyindir tau!

fazleena said...

hehe. bagus entry ni. nanti saya nak share kat blog ye. :)

ainunL muaiyanah said...

ya, saya setuju dengan abang im, kalau pergi mana-mana majlis paling tak suka kalau orang kata, ini sajak beberapa minit lepas (nak buat orang kagum la itu, dia tulis sajak express) :)

Rahimidin Z said...

Faz,
silakan.

Rahimidin Z said...

Yana,
itu yang sering saya temui. bila turun pentas, dia akan tanya kita -"ok tak sajak i tadi?" saya jawab, tak ok. Saya PENYAIR!