BUKAN SARJANA
Saya selalu sebutkan, saya bukan sarjana. (SM Zakir menyebutnya sebagai sarjan saja). Kerana saya bukan sarjana, tak usahlah mengundang saya untuk menulis kertas kerja apa-apa. Apalagi kertas kerja yang muluk-muluk; sama ada kertas itu akan dibentangkan atau sebagai kertas kerja iringan. Saya sebenarnya tidak berbakat untuk itu. Usahlah ingin mengcungkil bakat saya yang sedia tidak berbakat ini untuk itu. Jadi saya memohon maaf dan mengundurkan diri, lalu kemudiannya menguzurkan diri daripada segala aktiviti sedemikian.
Friday, September 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bunyi macam orang merajuk aja..
Apa hal?
Rasanya elok dikongsi ilmu yang ada walaupun taraf ilmunya hanya paras 'sarjan'. Dapat juga pahala kerana mengajar 'alif'.
Cuba bandingkan dengan ilmu bergudang-gudangnya sarjana bertaraf 'General" tapi hidupnya hanya mengampu.
Kita tak boleh pakaikan puak pengampu ini?
Nak batuk pun mesti minta izin bos terlebih dulu!
Kalau kita jemput untuk sembang -sembang dengan anak-anak tingkatan lima/empat tentang 'pengalaman menulis Anak Luat' boleh?
Kita nak atur.
Kassim Muhamad.
Tuan Bara, tak ada rajuk dalam dunia sastera saya.
Sdr,
Syukur Alhamdulillah.
tuan sheikh tidak merajuk..cuma kias bertamsil-ibarat!
Edolah, tak kias-kias heh - kata je apa yang berasa nak kata.
Post a Comment