Thursday, August 5, 2010

I Have No Idea Who These People....

Beberapa hari lepas saya menerima emel daripada seorang profesor dari US menjawab surat izin terbit sebuah buku yang kami selenggarakan. Emel itu kepada penjawat awam yang berwibawa, manakala saya dan Sutung Umar RS menerima salinannya. Dan emel itu sekali gus menjawab emel saya. Tulisnya: "I have no idea who these people are and what they are doing with my article." Memang saya ingin buang artikel tersebut dari buku kami, kerana tulisannya terlalu umum, dan tidak autentik. Apabila saya menyatakan kepada Che Mat Jusoh tentang emel profesor tersebut, selang tak sampai setengah jam saya menerima panggilan daripada Profesor Emeritus Mohamed Ghaouse Nasuruddin, menyatakan tak payah pakailah artikel tersebut. "Pakai yang Che Mat, kalau tak ada orang nak terjemah, Rahimi emel kat saya. Saya terjemah. Tulisan Che Mat lebih baik. Dia tu pun dapat sumber dan bahan dari Che Mat." Saya katakan memang, saya dah gantikan artikel tersebut dengan tulisan Che Mat Jusoh.

Dan petang semalam saya menerima panggilan daripada penjawat awam dari agensi tersebut, bertanya untuk berunding tentang berapakah yang perlu dibayar untuk kerja-kerja penulisan dan penyelenggaraan buku tersebut. Saya naik angin. "Saya sekarang tidak memerlukan wang. Saya sudah 42 tahun hidup, dan InsyaAllah masih mampu memberi makan dan pakai kepada anak-anak saya."

Buku yang tiga tahun lebih kami kerjakan, ditolak kerana antara penulis dan penerbit tiada surat perjanjian. Saya yang bukan sarjana, dan hanya sekadar seorang editor cabut yang tidak terdidik di mana-mana institusi pengajian tinggi (sebagai editor), dengan rasa berdosa yang amat; menarik balik semua tulisan saya daripada diterbitkan oleh agensi berkenaan. Memang tak ada sebarang perjanjian antara kami dengan pihak yang meminta kami menulis dan menyelenggarakan buku tersebut. Kami buat kerana yang memintanya adalah sahabat baik kami. Rupa-rupa ada biawak yang melintas di hadapan kami. Apabila dummy buku itu telah siap, sahabat kami melanjutkan pelajarannya ke luar negara, dan buku itu diambilalih oleh penjawat awam yang lain. Dan timbullah pelbagai cikcok kerana siapalah kami. Bukan seorang yang berkuasa dan berjawatan!

Dengan rasa bersalah juga saya menghubungi penulis yang ada tulisan di dalamnya, dan berjanji untuk mendapatkan penerbit lain. Beberapa penerbit berjanji, tetapi seperti tak sanggup. Beberapa kawan cuba membantu, tetapi semuanya tersangkut di pertengahan jalan.

Akhirnya, saya bawa buku itu ke sebuah penerbitan - dan penerbit itu macam berminat. Saya pergi tanpa temujanji, dan gagal menemui CEOnya. Dan petangnya, saya menerima panggilan daripada CEO tersebut bertanyakan tentang buku itu. Saya hampir menjawab, "saya tidak inginkan wang, tetapi saya hanya ingin buku itu diterbitkan." Bahkan dalam beberapa hari sahaja, kami telah menerima surat tawaran daripada penerbit berkenaan. Dan saya telah menerima surat izin terbit daripada penulis yang menyertakan artikel mereka dalam buku tersebut.

Biarlah saya tidak sebutkan judul buku itu dahulu, kecuali selepas benar-benar diterbitkan nanti.

24 comments:

abdullahjones said...

kita memang jenis dilahir kaya. salut!

dian nais said...

ambo berasa malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh penjawat awam tersebut.. sekurang2nya fahamilah tujuan dan maksud tindakan orang2 yang membuat sesuatu usaha sebelum menuduh..

Na'uzubillah..

p/s: apa pun tunggulah buku tu terbit doh oghe toksir sangat!

mafaka said...

tuan...bukankah hasil tulisan org amarika sangat disanjung oleh para akademik kita...hehehe...panas panas...

Rahimidin Z said...

Mr. Jones,
baru-baru nak kaya!

Rahimidin Z said...

Tuan Dian,
Tolong doakan juga supaya buku ini dapat diterbitkan dengan sempurnanya!

Rahimidin Z said...

Tuan Mafaka,
ambo tak caya dan tak pernah nak angkit tabik ko puak orientalis ni. Mana dia tahu pasal ritual dan jiwa Kelantan? Hanya budak Kelate yang tahu kekelantanan dirinya. Heh.Heh. Buat agas sikit la.

dian nais said...
This comment has been removed by the author.
dian nais said...

Tuan Rahimidin,

doa ambo seluruh jiwa untuk buku ni terbit.. insya Allah..

p/s: segan benar... bilo oghe bbaso tuan nih.. rusing takut jjadi lalai..

Unknown said...

Acu demo perati, mengapa lagu "Barat Patak" ditulis dgn lagu "Barat Patah"...

Angkat tabik gih bbanyak sikit...

mafaka said...

tak berapa pelik dah bila PATAK jadi PATAH, SAWA jadi SAWAH, BONG jadi BOM..dia cari perkataan yg dekat2 bunyinya dan mempunyai maksud yg terang walau tiada kaitan dgn ayat..nak psene kijo..cidik ko lagu tuh??

p/s: bdiri bulu roma jate ambo bila tuan sebut ritual jiwa kelate.

Unknown said...

demo buleh buat tesis phd ni tentang kesalahan2 yg terdapat dlm beberapa tesis phd ore lain.

NASSURY IBRAHIM said...

Orang tak nampak usaha di belakang tabir, walaupun usaha tuan syeikh itu baik. Saya rasa boleh teka buku itu.

Rahimidin Z said...

Tuan Dian,
Terima kasih moga Allah SWT memakbulkan doa kita.

Tak apalah, Bertuan-tuan ni budi bahasa budaya kita. Dah tu berkawan pula dengan tuan-tuan dekat BTN.

Rahimidin Z said...

Tuan Lokan,
Orientalis ni kena belajar bahasa dialek dan loghat dulu sebelum nak menulis dan mengkaji tentang budaya tempatan. Mujur kita tak angkit tabik. Kehek ludah tuhit!

Rahimidin Z said...

Tuan Mafaka,
Bolehlah cari penyelia...buat tesis MA dan PhD..kaji itu semua tuh. Tapi kalu penyelia hak jumpo teori makyung dari Riau, sumpah tujuh keturunan jangan dok nak buat tok guru.

Rahimidin Z said...

Tuan Nassury,
Kalu dah boleh agak,tak apalah.

Unknown said...

Belajar apa gak.. upah bdk2 terjemah lg senang. hehe

Unknown said...

Salam tuan, jika masih memerlukan penerbit harap hubungi saya di: imanmuafakat@yahoo.com / nasser@atien.com.my

Nama: Mohd Nasser Mohd

T kasih. Wasalam.

Unknown said...

salam abe..

dok baca2 komen ada ayat mokyong dari riau sepatah..berdiri bulu romo slalu..haha..bkn jijok angin..tp jjijok anjing..haha

arjunasukma.

maharam said...

Salam,
antara perjuangan dan ilmu...politik dok ada tengoh jugak walaupun dunia mana kita dok. Salah kona, ore gitu akan kata pitih + kuasa buleh beli jiwa.

Buke sene nak berjuang...buke hanya paka bom, meriam dan pedang je, tapi...berjuang guna kale tu hok paling payah

HALIMI MN said...

matuski ker tu. Baru ni sahabat kita malik hadapi benda sama

Unknown said...

Apa benda yg Malik hadapi tuh... pasal lagu ke??

normala nawar said...

macammana bentuk surat izin terbit 2 ye? boleh beri contoh???

normala nawar said...

surat izin terbit 2 mcmmana? boleh beri contoh????