Tuesday, June 1, 2010

Teater Melayu

Malam tadi menonton teater bersama Syeikh Zakir. Malah nak sms Abang Leeh dan Haji Sham yang tengah dok pulun tesis mereka. Kerana sedang menyusun buku Dari Bucu Pentas, maka saya memilih untuk duduk di kerusi yang paling bucu. Apabila membuka kembali fail lama dan salinan fotokopi Dewan Budaya, Masa, Berita Harian, Utusan Malaysia, dan Watan - rupa-rupanya saya telah menulis lebih seratus esei dan rencana mengenai teater. Boleh susun tiga buku. Tetapi masalah saya, apakah harus memakai nama pena sebagaimana di dalam tulisan yang tersiar, atau pun menggunakan nama asal. Nama pena? Ada berbelas-belas juga, tetapi tahu-tahu sendirilah.
Dua tiga tahun lepas, Siti Jarum menulis di ruangannya, "Teater Melayu Pupus!". Saya jawab, ketika itu belum pupus. Tetapi selepas menonton malam tadi, saya mempunyai tanggapan yang lain pula. Biarlah teater Melayu begitu, fikir saya. Teater Melayu itu asal buat dan ada cukuplah. Teater Melayu tidak memerlukan untuk orang berfikir. Orang duduk, genyeh-genyeh mata, picit-picit kepala. Lepas tu keluar panggung, singgah di warung perkena teh tarik dan balik tidurlah.
Teater itu kerja otak, selain aktiviti fizikal dan suara. Semua orang boleh buat teater, tetapi teater yang bagaimana? Tahun lepas, saya buat dua drama pendek -Dalang dan Bidan Ketujuh. Tahun ini saya tak buat, sebab yang menulis di blog tak faham drama saya. Malam tadi saya menonton enam teater. Salah seorangnya yang menulis di blognya tentang drama saya. Malam tadi saya melihat dirinya. Selepas menonton, lakonannya ok. Boleh berlakon walaupun bertempik-tempik di tempat yang tidak sepatutnya ditempik. Sayang, boleh berlakon tetapi tak ada otak! Itu yang saya bisikkan pada Zakir. Nak buat teater otak itu penting, kalau tak ada otak tak payah buat teater. Cantik? Cantik itu hal yang subjektif, kata kawan-kawan saya.
Saya malas nak ulas satu-satu. Biar Syeikh Zakir saja yang tulis nanti. Daripada enam produksi malam tadi, hanya dua buah sahaja yang ok. Tak perlu sebut nama drama dan nama kumpulan. Selebihnya sampah yang dibawa ke pentas.
Apa autoriti engkau dengan senang-senang menghukum? Kau tanya autoriti ya. Aku lulusan degree teater (lakonan dan pengarahan). Penulis skrip untuk enam pementasan di Istana Budaya. Mewakili negara ke Mastera untuk teater. Mewakili negara ke World Theater Conference UNESCO, Pakar Rujuk Istilah Teater MABBIM, Editor Majalah Pentas. Autoriti? Tak puas hati lagi? Aku titik.
Semoga skrip Saifullizan Yahaya malam esok tidak menghampakan saya.

6 comments:

edolah said...

Teater Melayu melambangkan sebhg besar pemikiran Melayu...(malas guna otak..senang pd unsur hedonistik)
Tu kawe malas caro..kadang2 menonton pun menyakitkan mata dan minda...

S.M. Zakir said...

teater melayu.. kena gilap dan kena bagi banyak ruang untuk b'kembang. Kena faham juga teater ni kerja otak bukan kerja tubuh atau suara yang menjerit-jerit. klise la buat teater gaduh-gaduh bising menjerit ni. Putar sikit otak untuk cari bentuk yang berfikir tapi tak membosankan... guano sheikh.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Bila lagi mahu tengok dan mahu pentaskan teater di Johor atau Melaka, atau bila lagi mahu tengok dan pentaskan teater di Singapura? Orang Melaka masih ingat monodrama 'Rebab Berbisik' itu.

Rahimidin Z said...

Shukri,
adus demo tak lih gitu. Bagilah sokongan kat saing sobat.

Rahimidin Z said...

Tuan Syeikh,
penyair nampaknya kena buat teater nih biar banyak sikit.

Rahimidin Z said...

Tuan Rusdi,
kita kena cari tarikh yang sesuai nak bawa ke Singapura. Tak kan teater muzikal yang jenis "cap ayam" saja yang mampu dibawa ke sana.