Thursday, May 27, 2010

Jatuh Cinta

Lagi-lagi cerita pasal sahabat saya. Kali ini, dia jatuh cinta! Dia nak jumpa di cafe Istana Budaya, dan ingin minta saya jadi kaunselornya. Saya jawab ok, datanglah. Dan dia pun datang dengan rambut serabai, misai dan janggutnya yang tidak bercukur.
"Apa masalah kau?" tanya saya.
"Aku jatuh cinta."
"Baguslah, ada peningkatan. Tapi apa dah jadi dengan muka kau serabai dan dan baju berkedut tak terurus."
"Isteri aku dah angkut anak-anak balik kampung."
"Aii..berbelas tahun kahwin nak jaga bini sorang pun tak boleh? Ada hati jatuh cinta lagi!" saya saja-saja acahnya.
"Aku datang nak minta nasihat, bukan nak minta kau menyebelahi bini aku."
"Ok. Mana kau jumpa makwe baru kau ni?"
"Kat Awana Genting, ketika minum pagi di Cafenya."
"Dah lama?"
"Baru dua bulan."
"Baru dua bulan? Kau lupakan dia, dan kau balik kampung isteri kau, ambil isteri dan anak-anak engkau tu balik KL. Habis tutup fail."
"Mi, pinjam duit 500. Semua gaji aku bulan ni, makwe baru aku dah kebas."

14 comments:

benuasuluk said...

ceh baru jumpa kat awana genting dah hilang akal.Kita yang jumpa kat pavilion tg rhu maintain je macho. Apa barang.

err, abang mie pinjam 300 hehehe

wardah munirah said...

Mudahnya seorang suami terkalih perhatian! Semoga besar iktibar yang boleh diambil daripada kisah tersebut

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Tak baik marah-marah. kata nak tolong bina masjid.
Hehehehehe

edolah said...

sheikh,
tapi masalah kawe...oghe tino kawe yg suruh cari soghe lg... guano ni?

lutfi said...

Salam.

Shukri, calon dah ada ka? hehehe. Macam dah ada

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Apa khabar?
Sekadar titipan menandakan kita di JB tetap setia berkunjung dan membaca tulisan blog tuan.
Terima kasih.

Rositah Ibrahim said...

Salam Edolah,
oghe tino demo nak tera test jah tu..nok tahu sahe demo tinggi ke dok!
Tapi gak kawe rasala, sahe oghe tino demo tinggi lagi tu..jaga bbenar la wei...

Rahimidin Z said...

Tuan Suluk,
300 sikit sangat. Lain kali mintalah banyak sikit.

Rahimidin Z said...

Wardah,
jadilah isteri yang solehah.

Rahimidin Z said...

Tuan Sham,
tak marah pun. Kalau enta berhajat ana boleh bawakan ke tempatnya.

Rahimidin Z said...

Shukri,
nanti aku tanya Shikin, betui ke apa yang hang dok tulis ni!

Rahimidin Z said...

Lut,
Bukan Shukri saja, tanya juga Syeikh Zakir dan Pak Haji tu.

Rahimidin Z said...

Tuan Rusdi,
terima kasih. Persembahan di Singapura tu kena jadi tuan.

Rahimidin Z said...

Cikgu Rositah,
Edolah tu bukannya berani pun. Tapi kalau lepa mata, boleh kira kat loh la.