Seminar
Seminar dan forum tentang apa pun tidak pernah menyelesaikan masalah dalam bidang yang dibicarakan. Pembentang akan memakaikan baju palsunya, dan menyogok khalayak dengan segala macam teori yang tidak masuk akal. Akhirnya mauduk yang dibincangkan tinggal berhabuk. Seperti si buta yang menafsir tentang seekor gajah. Atau paling akhir terbitlah sebuah buku yang mengumpulkan kesemua kertas kerja tersebut, termasuklah kertas kerja yang ditulis 2 atau 3 halaman sahaja, sebab saya sarjana yang sibuk.
Kalau di organisasi daun lontar, saya pernah membentangkan kertas saya di Bengkel Tradisi Lisan di Genting Highland pada tahun 2000, dan buku hasil bengkel tersebut diterbitkan pada tahun 2007. Saya tidak pernah menerima naskhah untuk penulis, apalagi penyata royaltinya? Royalti tak kisahlah sangat sebab aset lukisan dah banyak. 2 juta. (Ini dipetik daripada kenyataan SM Zakir).
Paling kelakar, penganjur yang menganjurkan seminar sebegitu buta mata hatinya tentang siapakah yang paling wajar dan layak untuk ditampilkan. Maka teraba-rabalah si buta, merapu-rapulah dia di hadapan khalayak yang 'pekak badak' pula. Maka jadilah 'sulung bermain angin' untuk 'sulur bermain angin' dan 'sawah mengorak lingkaran' untuk 'sawa mengorak lingkaran.' Tetapi biarkan 'si luncai terjun dengan labu-labunya'. Biarkan! Biarkan!
ps: Selamat menunaikan umrah untuk adikanda saya, Rosnan Abdul Rahman. Bila pulang ke tanah air, usahlah berlakon dalam filem yang seumpama filem-filem sebelum ini. Yang bijaksana itu biasanya selalu tersembunyi dan sampah-sarap itu tempatnya di dalam longkang dan parit. Pilihlah untuk menjadi bijaksana!
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Banyak betui mengata kat orang syeikh kita ni. Kena bagitau Syeikh Fuad ni, hehe
Kata utk kebaikan tak apa.
Dlm Al qur'an pn byk ayat yg mengata kat orang.hehe
akum abe..hari ini saya cuba menyelami dunia badak cuma tidak begitu pekak sgt...tapi ditutup mulut..tapi bisu dengan pekak lebih kurang saja kan?semua tidak berhasil untuk mengubah suasana zoo..
Lut, zaman fitnah besar ni kena banyak mengata. Syeikh ana kata wajib menuntut ilmu di zaman fitnah dan ilmu itu lebih penting daripada amal ibadat yang tanpa ilmu. hi. hi.
Lokan,
tuk guru ambo...kena sokong anak murid.
Abe,
lepas 'pekak badak' bacalah pulak 'buaya yang timbul di air tohor'. Nampak sirip tapi mata buta dan ekor kudung.
Post a Comment