Thursday, June 10, 2010

BUAYA DAN SEMINAR

Apabila sesuatu seminar itu dianjurkan, apakah ia bertujuan untuk mencari jalan jernih ke arah pencerahan atau pun memang untuk mencarikhancurkan masa depan bidang tersebut? Pertanyaan sebegitu seringkali bermain dalam benak akal saya menyebabkan, saya memilih untuk tidak hadir di seminar yang sebegitu. Kalaulah setakat sarjana yang 'suam-suam kuku' yang 'julung berkeris' ingin berpencak di hadapan anak-anak sekolah yang masih belum mampu membezakan makyung dengan main teri, tidak usahlah saya membazirkan masa saya. Sarjana kolaj yang tidak pernah sedarkan keupayaan diri ini tumbuh subur, sesubur jalaran kangkung profesor yang menjalar di air-air limbah di belakang dapur.

Saya pernah membaca dua buah buku yang berjudul "Sejarah Teater Indonesia" oleh Prof. Jakob Sumardjo dan siri Ensklipedia - Indonesian Heritage "Seni Pertunjukan" yang disusun dan diketuai oleh Prof. Edi Sedyawati dengan 30 orang pakar bidang seni persembahan dari Indonesia. Kedua-dua buku tersebut mencatatkan bahawa makyung adalah teater tradisional dari Semenanjung Malaya. Saya petik dari ensiklipedia tersebut di bawah bab Mak Yong dan Randai: "Mak yong dan randai merupakan dua bentuk teater tradisional utama di Pulau Sumatera dan Kepulauan Riau. Mak yong merupakan gaya teater tradisional Melayu yang lahir di Semenanjung Malaya sekitar abad ke-17 dan masuk ke Kepulauan Riau sekitar abad ke-19. Randai adalah drama tari tutur tradisional Sumatera Barat di wilayah Minangkabau."(Edisi Bahasa Indonesia, Buku Antar Bangsa, 2002:100). Manakala edisi Bahasa Inggerisnya oleh Didier Milles, 1998 (untuk yang tak pandai berbahasa Melayu lagi). Ini merupakan kenyataan dan kesepakatan oleh 31 orang sarjana, dan aktivis kesenian di Indonesia.

Sekiranya ada dakwaan mengatakan makyung di Malaysia ini berasal dari Riau atau dari Serdang Muda, umpamanya silakanlah. Ia tidak merubah ada-apa dan tidak memberikan 'kudis gatal' pun kepada kesenian tersebut. Kalau belum baca dua buah buku tersebut, saya boleh pinjamkan. Ia tidak merubah struktur dan bentuk makyung. Saya selalu terkenangkan analogi oleh SN S. Othman Kelantan, orang akan takut kepada singa kerana kehebatannya, tetapi orang tidak takut kepada keldai yang memakai topeng singa.

Di air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Di lubuk yang dalam tentunya terdapat banyak buaya. Buaya di lubuk yang dalam kebiasaannya berpuaka, besar, hebat, paling tidak pun, katakanlah macam Bujang Senang. Saya pernah melihat buaya di Zoo Negara di Ulu Kelang, yang beberapa minit dari rumah saya. Dan pernah juga melihat buaya di Sungai Kuantan dan Kuala Bera ketika berakit dari Sungai Jelai sehingga ke Pekan, Pahang.

Seekor buaya yang buta kedua-dua belah matanya, dan kudung pula ekornya tetap akan timbul menampakkan sirip belakangnya di air yang tohor. Tentulah orang yang paling tak berguna sekali, orang yang membawa buaya buta dan kudung ini untuk tontonan masyarakatnya.

18 comments:

abe said...

hehe..saya nak tumpang tergelak dengan sisipan kisah buaya ini. Apa yang dapat saya perhatikan, walau buaya buta antawo tuli sekalipun..buaya ini perlu makan utk meneruskan hidup.cara makan, walau buaya duduk bersimpuh pun..buaya tetap buaya..nampak ganas.hehe

kisah ini juga sepadan dgn paparan hasil Puan Norzizi pada skrin presentation seminar semalam..Jabatan Kebuayaan dan Kesenian..ejaan ini pun tersilap taip gara2 ghairah mengubah makyung..betulkan ejaan dulu kak..hehe..atau err..xpyh btulkan lah..

-arjunasukma-

lokan said...

58 tahu yg lampau (1952) seorang pemain makyung yg sudah pun bersara dari bermain kerana umurnya sudah menjangkau 75 tahun pada waktu itu. Beliau dipanggil dgn nama Tok Minah dan tinggal di Kuala Besut.

Beliau menceritakan kpd guru aku bahawa makyung riau itu adalah berasal dari Pattani. Katanya, sekumpulan rombongan dari Pattani yang ketuai oleh seorang kerabat Diraja Pattani telah terdampar di sana dan akhirnya mereka ini bermastautin di sana.

Dan aku percaya cakap-cakap orang tua yg tidak pernah mendengar perkataan-perkataan sprt tesis, kertas kerja, master atau phd adalah luahan hatinya yg ikhlas.

abe said...

tapi tuan..semalam ada seorang lelaki ber'kot' telah mengesahkan makyung lebih tua di riau berbanding Kelantan..adakah tuan ber'kot'? untuk mengatakan tidak sebegini?hehe..sekarang hamba sudah mula membenihkan malu untuk ber'kot' walau dua hari lepas cita-citaku untuk ber'kot' masih membuak buak..ahaks..

-arjunasukma-

mafaka said...

kat malaysia ni byk juga profesor air liur...anak2 murid dia lagi la..bukannya pandai utk ckp pasal mokyong tp memandai-mandai..

lokan said...
This comment has been removed by the author.
lokan said...

Apakah selama ini abe beranggapan bahawa segala kelimuan itu tersimpan di dalam poket baju kot?..

abe said...

xdela..gambaran perasaan saja..mentang-mentang berkot dia semualah betul..dia bawah sikit pd tuhan..paksa orang suruh angguk..tidakkah mini zalim?

Rahimidin Z said...

Abe Arjunasukma,
kesian kat buaya buta dan tak membaca buku ensklipedia.

Rahimidin Z said...

Lokan,
budak-budak kencing bercabang ni tak nak tanya orang tua. Kalu nak berkecek Kelate pun tak reti, lagu mana naik kaji dan main makyung? Patut kikis lidah dengan daun lalang, ni jenis yang tak payah guna emas dinar ni.
Tulis tesis main agak agak...penyelia pulak sama buta dengan buaya buta, hasilnya masuk tong sampah sajalah.

Rahimidin Z said...

Abe, gemulah Tok Awang jaman dulu di Kota Bharu pun ada hari pakai kot jugak. Dia bertempik..merdeka! merdeka! Merdeka! Merdeka tahit anjing, nasi belauk pun tak kena lagi hari ni.

Tok Awang tu lagi mulia dari hok pakai kot tapi penipu besar.

Rahimidin Z said...

Mafaka,
kesian kat profesor hok takdo buku..kalu ada buku pulak..fakta semua salah. ini bukan kangkung lagi, tapi 'cap ayam'.

Anak murid kepada cap ayam, tentulah tahit ayam!

lokan said...

Midin..kita kena ada perasaan malu sikit la kpd mat saleh dan jepun. Sanggup belajar bahasa melayu, bahasa Indonesia, bahasa kelate, bahasa jawa hingga fasih krn nak kaji sesuatu di kelate dan jawa.

Krn kita malas nk belajar, kita persalahkan bahasa kelate..susah la, penonton tak faham la. Padahal sabri yunus bekecek dlm pi mai tang tu orang faham pun.

Aku rasa lidah melayu lah mudah nk bentuk. Cakap orang putih, sebijik bunyi mcm orang putih, bahkan dalam cakap melayu tu pun masih bunyi orang putih lagi..buleh pulak

Rahimidin Z said...

Lokan,
puak-puak yang perasan nak jadi sarjana ni patut malu kepada Prof. Emeritus Amin Sweeney dari Ireland, jadi warganegara Malaysia dan rakyat Kelate.
Hok baru-baru ni patut malu dengan budak-budak Jepun, Togari Yasuko (boleh kecek Kelate lebih baik daripada calon2 sarjana cap ayam.)Aki Uhara, Patcia Harwick dan beberapa orang lagi.
Sindrom kehilangan diri sendiri sedang melandakan budak-budak di Malaysia hari..berfikir dengan fikiran oarng lain, bercakap dengan lidah dan perasaan orang lain. perasaan rendah diri yang sedang membunuh diri sendiri.

"THEY-R-NICE" PHOTOGRAPHY said...
This comment has been removed by the author.
azmi alkelantani said...

salam...
saya agak terkilan kerana tidak dapat hadir dalam majlis tersebut. namun daripada cakap-cakap kawan saya dapat rasakan betapa seni mak yong agak diambil berat. namun ada sedikit kekhilafan tentang cara untuk memartabatkan seni mak yong. mengapa ada sikap yang kurang senang dengan tradisi kelantan ini. andai kata bahasa menjadi faktor kemerosotan saya rasa ini agak pelik. saya pernah menonton wayang kulit bersama pelancong mat salleh di Gelanggang seni di Kota Bharu yang bahasanya lagi amat sukar untuk difahami oleh orang yang bukan asal daripada Malaysia. untuk bercerita tentang sejarah dan asal usul saya bukan seorang sarjana malah baru berjinak-jinak dalam seni ini tetapi saya berpandangan sekiranya dilakukan perubahan dengan mengubah keasliannya ia bukan lagi tambah mengaslikan mak yong malah seolah-olah orang asli yang mempersembahkan mak yong. kenapa rujukan-rujukan adalah bersumberkan tulisan yang ditulis oleh orang putih dijadikan sumber yang aula sedangkan masih ada penggiat-penggiat seni ini intuk dirujuk. mungkinkah kerana mereka bukan sarjana dan pemegang ijazah PhD. kesombongan dengan ijazah yang ada menyebabkan tradisi ini semakin hilang keasliannya. rujukan dalam bentuk bacaan boleh dipadankan dengan kisah-kisah lisan dan seterusnya diperdebatkan dalam kaedah yang bersifat akademik bukan dengan mempertontonkan kebodohan kita di depan khalayak.

Pegawai Khalwat said...

Patutla aku tengok hang tak dak kat seminar tu. Rupanya memilih untuk tak mai. Ha ha ha...

Ya, kami tertipu.

Resolusi dibuat oleh beberapa orang saja tanpa dibentang dan dibincangkan dengan peserta seminar. Buleh lagu tu?

Bahana Rindu said...

Assalamualaikum...saya zai, pelajar tahun akhir Uitm berminat nak bertanya berkenaan tarian randai..harap tuan boleh hubungi saya melalui email zaidatulzainal@hotmail.com. tq.

Bahana Rindu said...

Assalamualaikum...saya zai, pelajar tahun akhir Uitm berminat nak bertanya berkenaan tarian randai..harap tuan boleh hubungi saya melalui email zaidatulzainal@hotmail.com. tq.