Friday, June 11, 2010

KAWAN-KAWAN BERCUTI

Dah dua malam terakhir, kesemua kawan penulis saya gagal dihubungi. Panggilan dan sms semuanya tak berjawab. Mungkin semuanya bercuti kat luar negara mengambil sempena cuti sekolah dua minggu. Makluman royalti dah banyak, tak habis makan. Lut tentunya balik ke Ulu Bakai!

Dan dua malam keluar minum dengan guru tingkatan 6 saya dulu, penyair Rosli K.Matari. Ada banyak cerita menarik, fasal balak, pohon jarak dan gaharu. Paling penting tuntulah fasal Puteri Saadong yang baru ditabalkan di PCB itu.

Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti di Pengkalan Kubur, Sungai Makmur, Cherating, Ulu Bakai, Chemor dan di mana-mana, selamat bercuti! Kalau bercuti kat Pengkalan Kubur atau Padang Besar tak payahlah beli jersi bola yang tak ori. Gatal dan melekit bila pakai. Beli yang orilah, royalti kan ada.

8 comments:

saleeh rahamad said...

saya tidak sempat ke cemor tapi akan ke melaka ahad hingga selasa. menyelesaikan tuntutan kerja memilih penerima hadiah terbesar penulisan tahun ini. panel hakim dapat sikit saja. lepas duit ke jakarta september ni kut.royalti setakat ni tak pernah mengayakan saya. nasiblah jadi pengkritik cabuk.

Melihat Kesunyataan said...

Rahimidin,
Mereka cuti bola agaknya. Saya juga berkesempatan ke Kelantan. Dapat jumpa penyair Abdul Hadi Muhammad di rumahnya. Rupanya Rosli K. Matari ke KL.

S.M. Zakir said...

waduh baru ilang seminggu, tulisan sheikh berapi dale blog. baru pijak kl lemas di laut china selatan.. jale free ikut rombongan bini he he

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Ala-ala cuti-cuti mcm nilah nak jaga hati isteri dan membuktikan kerukunan rumah tangga. Bukan takut isteri tau. Ada kawan kita tu sampai ikut pergi Hong Kong sebab takutkan isteri; tolong bawa barang-barang. Siap kena ketuk lagi.

Kiranya, kita ni kira ok lagilah syeikh...

Rahimidin Z said...

Bung Saleeh,
Kira lepas duit ke Jakarta dah ok la tu.

Rahimidin Z said...

Tuan Haji,
saya balik ke Kelantan, bukan cuti sekolah minggu pertama, minggu kedua suasana sibuknya agak berkurangan sikit.

Rahimidin Z said...

Syeikh Zakir,
Peribahasa Melayu -"Hilang Ikan di Dalam Kerabu".Maksudnya tak berapa elok 'hilang kebaikan di dalam kejahatan'. Hilang sekejap ok. Kawan-kawan kita semua macam tu.

Rahimidin Z said...

Pak Haji,
Kita faham akan mafhumnya itu...adanya.