Saturday, May 22, 2010

Dua Penggilan

Suami Guru
Panggilan pertama daripada seorang sahabat yang beristerikan guru. Dia meledak marah membaca laporan akhbar pagi yang berkemungkinan cikgu juga akan dikeluarkan sijil atau lesen profesional seperti doktor dan juga peguam. "Bodoh laknat punya Timbalan Menteri, dia tak tahu ke bebanan cikgu? Mengajar dari pagi sampai petang, macam babi sondol tanah nakajar anak-anak yang macam babi punya perangai. Mak bapak lagilah babinya." ucapnya. "Sabarlah sahabat, jangan musnah pagi hujung minggu yang indah ini," pujuk saya. "Cuti kepala otak kau. Pagi ni aku baru balik dari pasar beli ikan, belai ayam, bini aku tak pernah cuti Sabtu. Sekolah celaka laknatnya itu yang lebih utama. Pengetua, PPD, Menteri semuannya bahlol belaka." Marahnya dilepaskan kepada saya. "Tak elok maki pagi-pagi begini. Kalau semua tak betul, hang tulis surat saja kat Kementerian minta bini hang tu meletak jawatan. Ramai lagi orang yang pelahap nak kerja tu." Saya mematikan telefon.

Penyair
Nama saya dan Sutung Umar RS digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan dan penerbit tersebut mendapat beberapa karya pilihan untuk teks KOMSAS yang baru. Saya sebenarnya tak kenal sangat dengan Shafie PutarAlam ini, sebelum diperkenalkan oleh Sutung. Melihat pada wajah dan percakapannya saya sudah ragu-ragu. Tetapi, apabila Sutung meminta saya untuk menyusun karya puisi, cerpen dan drama, saya pilihlah juga kerana Sutung yang minta, bukan kerana Shafie Putar Alam ini. Setelah memilih, saya berikan alamat dan no telefon penulis dan penyair tersebut untuk Si Putar Alam ini menghubungi semua penulis untuk perjanjian penerbitan. Sebaliknya, tanpa menghubungi penulis, Shafie Putar Alam telah menerbitkan karya-karya tersebut dan beberapanya terpilih sebagai teks.
Tiba-tiba Shafie Putar Alam menghubungi penyair dan hanya ingin membayar 12% tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan penulis. Aik, mudahnya jadi penerbit? Bila penyair tersebut meminta 50%, Shafie Putar Alam menggunakan nama Sutung dan Rahimidin. Dan pagi ini saya menerima panggilan daripada penyair tersebut, saya tak ada pilihan lain, kita berpakat sahaja untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Royalti, hakcipta dan harta intelek sudah tidak berharga dan tak berguna sekali di Malaysia ini. Kita bawa ke mahkamah dunia, kalau kalah pun tak mengapalah, mahkamah akhirat tak mungkin diingkari. Shafie Putar Alam kita jumpa di mahkamah dunia, dan insyaAllah di mahkamah Allah SWT di akhirat juga.

12 comments:

Rositah Ibrahim said...

Suami Guru - sebagai guru saya sudah tak peduli apa perancangan menteri, sebab apa pun yang mereka putuskan, tidak bawa sebarang perubahan bagi kami (cikgu degree). Yang penting kami jalankan kerja. Beban kami pikul setakat terdaya. Sabar...
Penyair - punya nama pun banyak cabaran ya! Sabar...

abuyon said...

Orang yang sabar akan mendapat
kemenangan, Insya-Allah

Dan sabar itu tidak semudah
menyebutnya!

barajiwa said...

Sdr Rahimidin,

Kisah Mat Putar Alam ini membuat saya teringat akan hal-hal seperti ini:

i) Nah, itulah di antara sekian banyak penyakit kronik yang hinggap di qalbu rakyat negara ini.

ii) Kita sudah terbiasa minum dari sungai yang telah sekian lama keruh di hulu.

iii) Kita, setiap hari melihat contoh perilaku 'guru-guru' yang kencing sambil memerintah.

iv) Kita juga selalu diberikan motivasi diri, "jika tak mampu menentang, lebih afdhal berpakat untuk bersama mereka".

v) Nah, Mat Putar Alam ini sudah praktikkan segala nasihat para 'guru' kita.

vi) Apakah segala barakah untuk kita telah lama bertempiaran ke dalam rimba?

Akhir sekali,

Mahkamah? Harap sdr memiliki stamina untuk mengharunginya.
Doa kita untuk sdr. Amin.

Wallahuaklam.

Kassim Muhamad

benuasuluk said...

tuan mufti,
1. bini ambo cikgu juga. Dulu masa dia suri rumah sepenuh masa, kami tak kaya pun. Tapi dia ada sepenuh masa bersama kami. Kini, bila dia jadi cikgu, kami masih tak kaya raya. Tapi masa kami pula yang banyak terampas. Kesimpulannya, azizi dah nagi clue dalam memoir seorang guru - hangpa jangan jadi cikgu! Agaknyalah kot.

2. Hoho, terima kasih kerana tak memilih karya saya waktu menyusun buku tu. Kalau tidak...!

Sham al-Johori said...

Tuan benua suluk,
kalau tidak, kenapa pula...? hang nak hempok kepala sapa? Bak main habaq, cek pun nak tumpang sekaki..

hehehehehe

benuasuluk said...

sheikh sham,
kalau tidak sekali dengan benua suluk le sheikh mufti kita ni heret naik mahkamah jadi bahan kes dan saksi kahkahkah. Nasib baik belum jadi penyair tekenal, selamat benua suluk. yang 'terkena' ni semua penyair terkenal belaka, aduhai.

S.M. Zakir said...

guru... kawan penulis tu cakap nada dan butirnya macam penulis saja.. ambiguiti antara persona dengan watak he he

shafie putaralam... mamat ni nanti kita kenakan, minta penulis yang dapat komsas bagi maklumat tentang royalti yang mereka dapat.. Kementerian beri bayaran untuk karya 8%. PENA dapat satu karya. PENA bagi penulis 5 % dan PENA ambil 3% sebagai penerbit. Kita rasa ini adil. Dan kita cadangkan kaedah ini diterima oleh smeua penerbit. Kalau 12 % dari jumlah bayaran itu maknanya penulis cuma dapat 1.2%... (shafei putaralam ini dah kaburkan penulis) ini penipu dan celaka sekali penerbit ni. Kita akan buat forum panggil SPRM sekali. Sekarang kita kumpul maklumat dan harap dapat kerjasama penulis

Rahimidin Z said...

Cikgu Rositah,
Sdr Abuyon,
Sdr Barajiwa,
Sdr Benua Suluk,
Haji Sham al-Johori,
Syeikh Zakir al-Yahya
terima kasih
atas pandangan
dan segala
kebjiksanaan yang
diberikan.

ainunL muaiyanah said...

Ish.. kes ini menimbulkan kesukaran kepada penerbit buku kanak-kanak sebba tak dapat hubungi penerbit antologi untuk meminta kebenaran menerbitkan karya. Buku tertangguh berbulan-bulan lamanya

Aih!

Zulfazlan Jumrah said...

Salam. Abang Im, kalau nak kenakan si putar alam tu nanti, beritahu saya. saya nak tumpang sekaki. benda ni perlu dibawa ke muka pengadilan. sekali dia 'kencing' kita, sejuta kali kita 'kencing' dia balik.. apa-apa maklumat nanti beritahu saya. saya sedia menjadi pakatannya.

Rahimidin Z said...

Yana,
tak mampulah untuk membantu anda, selagi putar alam ini bermaharajalela.

Rahimidin Z said...

Fazlan,
dalam proses perundingan dengan peguam, insyaAllah akan terlaksana. Memang anda diperlukan sebagai salah seorang penulis yang dicelakakan oleh penerbit putar alam ini.