Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua yang berkunjung ke blog ini secara sengaja atau secara tak sengaja. Memohon maaf dan maaf atas segalanya. Pesanan saya, kepada yang memandu berhati-hatilah di jalan raya. Kalau mengantuk, berhentilah rehat.

Bulan Ramadan yang mulai ini, saya mengalami kemalangan kecil, dalam perjalanan balik dari KL ke KB. Malam ahad 6 Oktober,, jam 4.30 pagi di Laloh, Manik Urai (betul-betul di hadapan Pejabat Hutan bersebelahan dengan JPJ) terbabas ke dalam parit sedalam 5 kaki. Allah SWT masih meminjamkan saya nyawa, isteri dan juga anak-anak. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dan keluarga pada pagi itu. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Tuan Majisret Shukri yang menelefon Timbalan OCPD Kuala Krai untuk meminta bantuan, isterinya yang menyapukan bam dan menenangkan anak-anak saya, Sarjan Nik, Koperal Fadzil, dan Pegawai Hutan yang menelefon Encik Mustafa, tuan punya crane yang menarik kereta saya ke atas. Selamat Hari Raya.

8 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Rahimidin,
Syukurlah Syeikh sekeluarga selamat.
Juga tidak lupa diucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Terima kasih juga atas 'perjalan salik' itu.

rozais al-anamy said...

Rahimidin,
Sesungguhnya bagi Allah segala sesuatu dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali.

Syukur kerana Tuhan masih memilih seorang sasterawan seperti saudara untuk dipanjangkan usianya, pasti ada kebaikan pada saudara yang menghindarkan geruh menimpa.

'Eid Mubarak. Mohon ampun tersilap bicara dan terbiadab laku.

Mawar said...

Sdr RZ,
saya terkesan dengan puisi Rendra, Seolah semua “derita” adalah hukuman bagiku... kemalangan itu boleh sahaja jadi kebaikan yang besar buat sdr.

salam idulfitri, maaf zahir batin.
tahniah, blog sdr banyak maklumat tentang masa lalu dan dapat dibahgi pada waktu ini.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Semoga tuan sekeluarga beransur pulih baik fizikal yang tercedera adanya juga emosi anak-anak, saya doakan.
Terima kasih atas kiriman kad raya Istana Budaya yang menarik serta mempromosi teater @ persembahan yang bakal berlangsung untuk September hingga Disember itu, suatu pendekatan menarik dalam bentuk kad raya.
Segala urusan untuk 'Rebab Berbisik' dan 'Bidan Ketujuh' di Melaka sedang diaturkan sebaik adanya walaupun terdapat 'gangguan emosi dan mood'... masing-masing (staf jabatan yang terlibat) mula 'hilang fokus' kerana hendak sambut hari raya... Hehehe...
Moga cepat sembuh buat tuan sekeluarga.

Hasmora said...

Syeikh.. selamat hari raya.. nanti jumpa ya.. insyaAllah..

^_^

HAFIZ LATIFF said...

assalamualaikum...

abg rahimidin,
salam takziah atas kemalangan yang menimpa. alhamdulillah, abg sekeluarga masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan di bumi ini. semoga sembuh semuanya.

selamat hari raya aidilfitri. mohon maaf atas salah dan silap. semoga berjumpa lagi, insyaAllah...

ilham.hafiz
taiping, perak.

A.Shukri Elias said...

Selamat Hari Raya,Saudara Rahimidin

Pyanhabib said...

ya, kita peminjam nyawa dari Allah.
selamat hari raya buat sdr, isteri dan anak-anak.