Friday, September 25, 2009


Kelantanisme (?)

Ini hanya sekadar reaksi kecil kepada catatan Lut di blognya. Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan saya yang lelaki dan ingin mendirikan rumahtangga dengan gadis Kelantan. Nasihat saya, “Mu carilah calon dari negeri lain dulu, susah nanti. Kecuali kalau dah takdak yang lain, dan dah jatuh cinta sangat-sangat. Raya Puasa kat Kelantan, Raya Haji kat Kelantan, Raya Cina, Raya Thaipusam dan kalaulah sambutan Hari Gawai itu menjadi cuti umum, bini mu akan ajak/paksa mu kelik raya kat Kelantan jugak.” Kawan-kawan saya macam tak percaya. Beberapa orang yang terkahwin dengan gadis Kelantan yang pernah saya nasihati menemui saya, “betul la apa yang mu ghoyat.” Begitu juga kepada kenalan perempuan dari luar Kelantan, apabila meminta pandangan saya tentang dirinya akan berkahwin dengan lelaki Kelantan, saya biasanya akan mengacah, “bersediakah you untuk dimadukan?” Lepas tu saya gelak kuat-kuat.

Satu hari yang lain, saya dan seorang teman baik yang dilahirkan di Kelantan tetapi pernah bersekolah di Penang Free School memasuki lobi sebuah hotel di Phnom Penh, Cambodia. Kawan saya yang bersekolah Inggeris itu bertanya itu dan ini dengan lancar sekali dan saya hanya tersenyum. Gadis yang bertugas di kaunter itu pula senyum meleret dan menjawab, “Saya Sabariah, masa sekolah kat Pulau Melaka ritu, orghe panggil ambo Mek Yah Kemboja.” Kawan saya terdiam. Saya nak tergelak, tapi tak jadi. Di hari yang lain pula, saya duduk termenung di Phnom Penh International Airport kerana akan berangkat balik ke Kuala Lumpur. Saya disapa, “Adik, nak kelik mana?” . “KL.” jawab saya. “Kampungnya?” soalnya lagi. “Kelate.” Ucap saya. “Abang lama juga dok sana di Penambang. Ni nak atar anak gi gaji sekolah kat Pulau Melaka!.” Saya terduduk lagi.

Satu hari yang lain lagi saya berada di Quan An – Warung Sulay Man di belakang sebuah masjid di Saigon, Vietnam. Thanh Duong Jamiul Islamiyah nama masjidnya. Kami minum pagi, dan tuan punya warung itu seboleh mungkin melayan kami dengan menggunakan bahasa Melayu. Walaupun bunyinya pelat amat tetapi kami memahaminya. Rupanya ikatan keislaman begitu kuat sekali, apabila mereka mengetahui kami dari Malaysia hampir semua yang ada di warung itu bercerita bahawa mereka pernah ke sana. Mereka bercerita bahawa imam di masjid sebelah, dan guru-guru agama di sini semuanya belajar di Kelantan sebelum buat degree di Mesir, Jordan, Syria atau di Madinah. Ketika asyik kami makan, masuklah sepasang suami isteri. Bila mendengar kami bercakap-cakap, si lelakinya menjampuk. “Bila maghi?”. “Semalam.” “Abang dok sini ke?” tanya saya. “Dok kat Kelate, maghi sini sebulan sekali, ambil kain. Sekali maghi dok seminggu.” Saya garu-garu kepala yang tak gatal. Mungkin perempuan muda dan cantik kat sebelahnya tu bini mudanya kat sini, fikir saya.Saya pun mereka-reka untuk kembangkan menjadi sebuah cerpen.

11 comments:

saleeh rahamad said...

(Sambungan kisah itu) Maka kami pun bertanaylah kepada lelaki itu: "Ini isteri ke?" Kalakian maka dijawabnyalah: "Ini isteri ambo. Kahwin sekejap-sekejap" dan terloponglah kami mendengarnya sambil berfikir: Bolehkah aku juga buat begitu di Saigon ni?

lutfi said...

Kawin sekejap-sekejap, dalam maknanya tu, hehe.

S.M. Zakir said...

sambung cerita lagi; maka rombongan dari Malaysia tadi pun naik la bas pulang ke phnom penh. Entah macam mana seorang kawan yang tak beregu dan selalu duduk sorang tiba-tiba nak duduk sebelah pakcik dia lak. maka tinggallah kawan yang tak semena-mena dapat tempatnya duduk sorang2, dan naik pula sorang gadis kemboja duk sebelah. maka terjadi kisah bluetooth... oghe klate jumpo oghe khmer. Hero nyo jejako klate, kemboja, saigon, khmer abis smuo. jangan marah bang, bukan masalah kelantanisme tapi sifat universal yang ada pada orang kelantan, nak buat camna. moral of the story; oghe klate kawan smuo tak dak kira kelantan tak kelantan.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Kawe pun nikah dgn org Kelate (Kg. Berangan, Selising, Pasir Putih) juga, maka luaslah juga kenalan baharu dari Kelate sama ada dari negeri Kelate sendiri mahupun org Kelate luar negeri Kelate...

edolah said...

jange lupo...kawe bebini oghe kelate demo oghe tengohnya (tok ke lupo jaso)..tapi kes bebini lebih dr satu ni bukan saja org kelate... kawe pun kalau berpeluang dan berkeberanian.. hehehe

dariana said...

alkisah yg menarik dari mi ttg kelantanisme.kalu dengar dikir barat dan gendang wayang kulit lagi menarik sayang klate kita.
serangkap sajak ambo dari buku kumpulan sajak Negeri Di Bawah Bulan (PDP2008) mengulsa kelantan:

" Tanah kami terbentang menerima datang
Bagai meja makan sedia ikhlas untuk tetamu,
Cuma hidangannya sedap ala kadar
Di sini tiada cemburu dan iri
Sentuh dan rasailah hati budi kami
Angin dan tanahnya berhembus mendatar
Tidak seperti lain negeri,
Bukit dan gunungnya tinggi-tinggi
Sukar didaki anak-anak sendiri" (NDB m.s 59-61)

Hasmora said...

Abe Im,

Ado sorang orang Pahang dah beberapa minggu mcm paksa2 saya cari kat dia calon isteri orang Kelate.. naik menyampah pulak bila mcm paksaan nih.. last sekali malas la nak layan.. serabut perut.. mcm tok sobar nok kawin jah.. tapi malas cari sendiri.. ado saya cerita dlm blog saya bertajuk 3 orang Bakhtiar.. agak2nya buleh guna modal Abe Im wat dia mmikr panjang nok bini oghe Kelate.. hehe..
(tadi temu kakok abe im di sekolah sri permaisuri..(",)

NASSURY IBRAHIM said...

Kawe toleh nak balas SMS demo sebab tadok duit. Jawabnya "Ya"

Luqman Hakim QA said...

Kawe nak masuk kelate tak buleh, tak diterima walaupung kawen ngan oghe kelate. kelik kelate je buleh. guano lagu tu.

Rahimidin Z said...

Tuan Salleh, Lut, SM Zakir dan Tuan Rusdi..Ha..ha..ha..

Tuan Edolah,jagalah anak-anak tu biar besaq dulu.

Ustaz Dariana, terima kasih. Tak sempat berkunjung di hari raya.

Ustaz Hasmora, juga maaf tak dapat hadir di majlis enta. Adik saya yang mengajar Sri Permaisuri tu, bukan kakak.

Nassury,
Adui, kesian kat Kadi dan YB tu.

Luqman,
Susah nak cakap, hang kena masuk dalam senarai penulis Sarawak dulu!

Hasmora said...

oo tersilap paham la tuh.. patut dia napok muda lagi pun.. duk tepikir camana kakak napok mudo pado adik ni.. huhu