“Encik Ra..hi..mi..din.. Za…ha…ri…” kata suara itu. “Encik ada buat pasport tadi?” soalnya “Iya ada. Dah siap.” Kata saya. “Encik belum bayar duitnya,” kata suara di hujung telefon seperti ingin menangis. “MasyaAllah,” kata saya. “Pasport saya dah siap, duit saya dah bayar dan resit pun anda telah berikan pada saya.” Kata saya tegas. “Belum, encik belum bayar. Rekod saya encik belum bayar.” Rayunya. “Kalau saya tak bayar, macam mana you boleh keluarkan resit?” soal saya. Dia menangis. Saya matikan telefon.
Dan itulah pertama kali dalam hidup saya, saya dituduh tidak membayar wang, walhal dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Pengasihani, saya telah membayarnya. Mulanya saya terfikir untuk telefon balik demi maklumkan hal itu kepada bosnya, tetapi saya terfikir takkan di depan kaunter itu tak ada kamera litar tertutup yang boleh merakamkan wajah siapakah yang tidak membayar duit itu. Saya telah dikambinghitamkan.
Paria sebuah novel karya Mulk Raj Anand terjemahan oleh Sjahrudin dan diterbitkan oleh Oxford University Press: 1964. Saya membeli dan menyimpan novel ini hampir 20 tahun yang lalu dengan harga RM1.00. Apabila menemuinya semula dalam almari di rumah ayah, selepas bersahur, saya membacanya semula. Benarlah seperti blurbnya yang mencatatkan: “Kisah tentang ‘paria’ ini dapat dilukiskan hanya oleh sa-orang India. Oleh sebab itu tidak ada orang yang dapat menggambarkan penderitaan Bakha yang sa-bagitu hebat sa-lain daripada orang India sendiri seperti Dr. Mulk Raj Anand, walau pun ia di-lahirkan sa-bagai sa-orang Kshatriya.” Tambah menarik kerana kulit dan beberapa sketch di dalamnya digambari oleh Piyadasa.
4 comments:
ni bila pula buat rancangan ke Laos ni. tak lapor pada saya pun? pepandai je nak pergi sendiri. sesat esok sapa susah? bagi tau bila nak pergi boleh beli tiket. nakharap zakir jaga sapa dan sapa jaga zakirtu. kalau tak akuuuu jugaaa.(err amir pun boleh jaga zakir sebab dia cerdik.
Tuan Saleeh, bisa saja bersama-sama ke sana Disember nanti.
1. barangkali realitinya paria lebih mulia dari orang yang sanggup menjadikan dirinya kambing hitam!
2. pernah tak dengar ada orang mengira wang: seria, duaria, tigaria, patringgit, limaria..??
salam kareem.
asalamualaikum. saudara Rahimidin, saya mewakili syarikat penerbitan dan sebagai editor projek berminat untuk bekerjasama dengan saudara untuk menerbitkan novel berbentuk agama. saya berharap saudara boleh berkongsi sebuah manuskrip yang baik untuk kami terbitkan. jika saudara berminat sila berikan maklum balas saudara kepada saya melalui email ini. faiizah_lood@yahoo.com
Post a Comment