Friday, August 21, 2009

Keldai Tetaplah Keldai Meskipun Memakai Topeng Singa

Dua ekor keldai, seekor betina dan seekor jantan bercakap-cakap tentang dunia keldai yang telah lama dihidupinya. “Mari kita pakai topeng singa dan kita takutkan haiwan-haiwan lain di dalam rimba belantara ini,” usul keldai betina kepada keldai jantan. “Marilah. Haiwan lain semuanya bodoh, hanya kita berdua yang cerdik.” Tambah keldai jantan. “Mari kita keluar dari kandang keldai, kita jadi singa.” Ujar keldai betina. Dua ekor keldai bijaksana itu pun keluar dari kandang kerana sudah tak ingin lagi berfikir di dalam kotak. “Iya, iya kita kena berfikir di luar kotak.” Kata keldai jantan.. Keldai berdua itu pun keluarlah dengan memakai topeng singa dan menakut-nakutkan sekalian haiwan yang lain.

Saya, tiba-tiba memasuki dunia keldai dengan niat yang baik. Saya kesian kepada sekian keldai yang sejak zaman dahulu kala kerjanya memikul kitab-kitab, tetapi tidak pernah membaca sebuah pun daripada kitab-kitab yang dipikulnya itu. Dan keldai dua ekor, betina dan jantan yang berasakan dirinya bijaksana itu tidak banyak berbeza dengan keldai zaman dahulu kala. Keldai tetaplah keldai meskipun memakai topeng singa. Saya cuba membawa keldai-keldai itu ke gigi air, dan seperti kata pepatah Arab, saya tidak mungkin memaksa keldai tersebut meminum air. Percayalah, keldai tetap juga keldai walaupun dia memakai topeng singa.

Saya seringkali mendengar analogi Allahyarham SN S. Othman Kelantan sewaktu hayatnya: “Samalah dengan manusia, kalau dia diam dan tak bercakap, kita anggaplah dia cerdik. Tetapi apabila dia bercakap, tahulah kita yang dia sebenarnya jenis yang bodoh amat.”

8 comments:

abuyon said...

salam saudara Rahimidin,

Analogi S. Othman itu sama dengan kata-kata buya Hamka.

Salam taaruf, salam Ramadhan
Moga Ramadhan ini putih-putih. Biar bersih-bersih

Moga malam kita, taraweh dan
baca

Jom kita,

Masuk Ke Daerah-Nya
____

Ramadhan ini, adalah
pintu

Masuklah kau dan aku ke
dalam daerah-Nya

Bersama sembah — rukuk
dan sujud-sujud

Dari tarikan nafas,
abuyon
http://hijau-tinta.blogspot.com
http://abuyon.blogspot.com

Ki Kiey said...

salam ramadhan;)

roslan jomel said...

Salam ramadhan abe.

Kata-kata pedas untuk menganalisis manusia. :)

Melihat Kesunyataan said...

Rahimidin,
Bila menyentuh tentang keldai, saya teringat sebuah kisah dari Parsi tentang seorang yang bernama Joha (macam watak Abu Nawas). Satu hari seorang jiran datang ke rumahnya untuk meminjam keldai. Joha terus menyatakan dia tidak mempunyai keldai. Ketika itu juga kedengaran bunyi keldai di belakang rumahnya. Si jiran pun menyatakan, 'Ha itukan keldai!'
Joha pun menjawab, 'Nak dengar cakap keldai ke, nak dengar cakap aku!'.

Raja Syahrul Helmi said...

salam tuan,
kesian keldai jadi mangsa. mana tahu, dia yg hidup secara semulajadi itu sebenarnya lebih bijaksana drpd manusia yg menganggap dirinya pandai, hehe...

JHaZ KiTaRo said...

salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. kalau rajin, lompat2 laa ke blog hamba.. :)

Sang Saka said...

abe rahimidin

terbinanya puisi atas sebab apa??
lagumana menghasilkan puisi hok menusuk kalbu??

keldai itu hanya kiasan kan??huhu

Rahimidin Z said...

Abuyon,
terima kasih.

KikiEy,
Selamat berpuasa dan belajar rajin-rajin.

Roslan,
Raya di KL atau balik Kuching?

Tuan Haji,
terima kasih.

Syahrul,
betul tu, siapa tahu kan?

Jhaz,
insyaAllah!

Aling,
ambil pisau dan tusuklah kalbu.