Friday, August 14, 2009

Di Negeri Si Buta

Selepas pulang dari Gunung Ledang, saya asyik bermimpi. Dalam mimpi itu saya telah sampai di negeri si buta. Tetapi anehnya rakyat di negara tersebut, mata mereka semuanya o.k. Ramai yang kencing manis. Ketua kampung sikit-sikit pandir dan suka mencipta slogan-slogan bodoh. Ada ramai lebai malang yang suka sangat mencari makan percuma. Di negeri si buta, orang yang patut mendapat hak tidak diberikan haknya, dan si pencacai yang bebal dungu diberikan bintang-bintang yang teristimewa. Mimpi-mimpi ini, saya tidak faham sebenarnya. Saya kena tanya Syeikh Zakir atau pun Syeikh Shamsudin.

4 comments:

Haris Zalkapli said...

Bintang-bintang istimewa memang susah nak dapat kalau "salah pilih" geng, atau parti. : )

Yang tak buta pulak tak dapat nak bagi bintang.

S.M. Zakir said...

1Malaysia!

Rahimidin Z said...

Haris,
teringat saya cerpen Zahari Affandi - "Bila Bintang-bintang Gugur Ke Bumi".

Syeikh Zakir,
Ha..ha..

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

Salam, Jemput Tn Rumah ke GEM Community ( DIrektori/Forum Perniagaan, Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) - http://gem.socialgo.com